quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Friday, September 30, 2011

Penyelesaian Suami Isteri -Urutan Berahi

Pasangan suami isteri kadang jenuh dengan rutin mereka dalam hubungan berbiologi yang seolah tanpa perubahan dan hambar. Harus ada perasa-perasa khas yang dapat menyegarkan kembali hubungan dan kemesraan di antara kedua-dua pasangan. Salah satunya adalah dengan menerapkan teknik urutan berahi.
Selain dapat membuat nyaman dan memanjakan tubuh pasangan, urutan berahi dapat menimbulkan perasaan saling memiliki dan saling memahami di antara pasangan kerana untuk dapat mempraktekkan teknik urutan  ini dengan baik Anda harus melakukan pemerhatian terlebih dahulu mengenai pasangan Anda dan mengamati serta menentukan implementasi pengurutan yang paling tepat untuknya.
Di sisi lain, para ahli perubatan bahkan menggunakan terapi berahi  pada bahagian tubuh yang terluka atau mengalami kerosakan. Hasilnya  sangat bagus. Urutan pada belakang juga boleh meredakan stress.
Urutan berahi dapat meningkatkan keintiman hubungan antara pasangan kerana pada saat kita menyentuh pasangan akan timbul sensasi-sensasi intim yang menyenangkan dan menggairahkan.Sensasi yang ditimbulkan juga boleh membuat tubuh anda menggigil merasakan kenikmatan yang luar biasa. Urutan ini boleh memanaskan badan anda sehingga menimbulkan sensasi luar biasa sensitif yang sedikit demi sedikit akan meningkatkan puncak kenikmatan dari dalam tubuh anda - membuat anda terkurung dalam perasaan sangat gairah. Dengan demikian, tidak ada alasan untuk tidak melakukan urutan berahi ini bersama-sama dengan orang yang anda cintai.
Untuk mempraktikkan urutan berahi, cubalah mulakan dengan melakukan urutan-urutan lembut sehingga pasangan anda dapat menyedari perbezaan sensasi kenikmatan dari urutan yang anda berikan. Sebaiknya bermula dari bahagian leher, turun ke punggung, lalu selanjutnya terserah anda. Biarkan waktu yang akan memberi tahu bila anda berdua akan mula perasaan berahi yang dapat anda nikmati bersama-sama.
Jangan lupa untuk selalu mengatakan kepada pasangan Anda tentang titik-titik atau bagian-bagian tubuh mana saja yang dapat membuat Anda merasa nyaman ketika disentuh. Hal ini akan selalu mengingatkan Anda berdua tentang alasan utama mengapa Anda melakukan urutan berahi. Jadi jangan terus asal urut sahaja, melainkan harus saling mengerti tubuh pasangan.
Untuk lebih menikmati urutan berahi, berikut ini beberapa hal yang boleh anda persiapkan sebelumnya:
·   Sediakan tempat yang tenang dan bersih
·   Gunakan lilin sebagai media penerangan. Lebih baik lagi jika menggunakan lilin   aromaterapi untuk lebih meningkatkan mood masing-masing.
·   Mandi dengan air hangat. Lebih baik jika melakukannya bersama untuk lebih meningkatkan ghairah anda berdua.
·  Nyalakan muzik yang lembut dan eksotik.
Satu hal yang perlu diingat adalah bahawa kejayaan urut sensual hanya akan tercapai apabila kedua-dua pasangan boleh saling menyentuh satu sama lain. Persamaan dan timbal balik merupakan prinsip utama dan mencapai kenikmatan bersama adalah tujuan utama dalam teknik urutan ini.
imej :goolge

No comments:

Post a Comment