quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Monday, October 17, 2011

Bahayanya Keputihan Pada Wanita

Pada umumnya wanita harus merawat bahagian tubuh yang paling sensitif iaitu daerah vagina. Apa lagi jika anda tidak merawatnya dan mengalami keputihan. Jika pada vagina anda mengeluarkan cecair berwarna bening anda tidak perlu panik. Asal tidak berbau dan tidak berwarna, cecair itu sangat baik kerana berfungsi sebagai perlindungan semulajadi yang mengurangkan geseran dinding vagina pada saat kita berjalan. Tetapi jika cecair yang dikeluarkan berlebihan, perubahan warna, berbau dan terasa gatal itu sangat bahaya. Cecair ini terjadi kerana gangguan hormon yang mencetuskan kuman penyakit (pathogen) dan menyebabkan jangkitan.
Cecair ini berwarna kekuningan hingga kehijauan, jumlah berlebihan, kental, lengket dan beraroma tidak sedap seperti bau busuk. Cecair ini akan menyebabkan vagina terasa sangat gatal atau panas bahkan sampai menimbulkan luka di daerah mulut vagina. Jika itu yang berlaku pada anda, sebaiknya rujuk pada doktor.
Kerana jika anda membiarkannya dan tidak di ubati secara tuntas, kemungkinan berlakunya mandul sangat besar. Kuman mudah menyusup dan menyebabkan infeksi pada rongga rahim sel telur. Mengakibatkan pelengketan dalam indung telur kerana sperma sukar bertemu dengan sel telur yang akhirnya sukar memiliki keturunan. Agar tidak terjadi seperti itu, mulai dari sekarang bersihkan daerah kewanitaan anda dengan cara: -
Selalu jaga kebersihan vagina anda, terutamanya jika bulu vagina anda terlampau tebal boleh dijadikan tempat bersembunyinya kuman. Oleh kerana itu jangan lupa untuk megguntingnya.  Biasakan membasuh vagina dengan gerakan dari depan ke belakang, cuci dengan air bersih setiap  kali mandi atau buang air. 
TUKAR panty liner pada waktunya, jangan terlalu lama menggunakannya kerana bakteria boleh mengumpul. - Jika anda sedang mengalami keputihan ringan, bersihkanlah dengan antiseptik khas pembilas kewanitaan. 
Jangan biarkan vagina lembab yang berpanjangan akibat penggunaan seluar dalam yang basah, tidak menyerap peluh dan jarang ganti atau memakai seluar jeans yang terlalu ketat.
Perhatikan air di dalam bilik mandi anda bersih atau tidak, kerana keputihan juga boleh di sebabkan air yang tidak bersih. Jadi mulai dari sekarang jagalah kebersihan vagina anda jika anda tidak mahu terkena kuman atau bakteria, apa lagi apabila anda berhubungan intim dengan pasangan anda. jangan lupa membersihkan alat kelamin masing-masing sebelum dan selepas bebailogi. Kerana kuman atau bakteria boleh berlaku akibat salah satu pasangan anda tidak bersih.
semoga berguna
sumber : internet
sumber: internet

No comments:

Post a Comment