quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Wednesday, September 28, 2011

Kentut Itu Sihat

Kerana masalah perkentutan seringkali dinilai dari sisi etika dan kesopanan. Padahal kentut itu sihat kerana menandakan sistem pencernaan dan usus yang berfungsi normal. Selama ini yang banyak diketahui orang, kentut dipicu dari makanan seperti kekacang, soya atau fast food yang merupakan jenis makanan penyebab perut kembung.
 
Jika perut sudah kembung, tak berapa lama kemudian anda mungkin akan mengeluarkan gas si kentut. 8 Hal Pemicu Terjadinya Kentut Tapi bukan makanan sahaja yang boleh mencetuskan buang angin atau kentut . Kentut itu sihat kerana menandakan gerakan peristaltik usus hingga ke dubur berjalan normal. Tapi kalau kerap buang anginnya itu petanda ada gangguan di perut.
Pernahkah anda mendengar seseorang harus menjalani pembedahan kerana tidak boleh kentut? Jadi bersyukurlah kalau masih boleh kentut. ada 8 hal yang boleh mencetuskan seseorang kerap kentut. ada 8 hal yang boleh mencetuskan seseorang sering kentut1. Naik pesawat.
Saat berada di persekitaran bertekanan udara rendah, gas yang terperangkap dalam tubuh akan terdorong ke luar sehingga anda cenderung ingin kentut.

2. Gigi palsu yang dipasang tidak benar.
Jika anda punya gigi palsu tapi pemasangan kurang tepat, maka akan banyak udara yang terjebak di celah-celah gigi. Lalu ketika menelan, hawa akan ikut masuk ke dalam tubuh dan membolehkan berlakunya kentut.

3, Anoreksia.
Ketika tidak ada makanan yang masuk ke dalam perut, lama kelamaan usus boleh mengecil. Tak hanya gas yang terperangkap di dalamnya, tapi juga bakteria. Alhasil, orang anoreksia cenderung mengeluarkan gas (kentut) yang berbau.

4. Makan gula-gula getah.
Semakin banyak mengunyah gula-gula getah, semakin banyak pula gas yang berada di dalam mulut. Selain itu pemanis buatan yang ada di gula-gula getah biasanya sukar dicerna tubuh sehingga menimbulkan gas.

5. Mengisap ganja.
Sama halnya dengan mengunyah gula-gula getah, menghisap ganja juga boleh mencetuskan kentut kerana banyak udara yang akan masuk melalui kegiatan penyedutan.

6. Minum bir.
Bir boleh mencetuskan pengeluaran gas dari 3 faktor, iaitu air, Karbonasi dan alkohol.

7. Kanser.
Punya penyakit kanser, terutama kanser perut dan usus besar biasanya boleh menyebabkan pengeluaran gas, atau kentut yang terus menerus.

8. Sembelit
Walaupun berlaku penghambatan akibat konstipasi, tapi gas akan selalu mencari cara untuk keluar. Akan ada ruang kecil untuk gas keluar dari perut dan baunya akan lebih menyengat.

sumber :digg
imej:google


No comments:

Post a Comment