quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Saturday, September 24, 2011

Terapi Garam untuk Atasi Hipertensi dan Penyakit Degeneratif

Seringkali kita mendengar media massa dan para doktor menganjurkan kita semua untuk membatasi pengambilan garam. Terlebih lagi para penderita hipertensi sudah pasti akan dilarang untuk mengambil garam ketika sedang sakit. Tapi kami para pengamal holistik moden justru menganjurkan garam untuk para penderita hipertensi dan penyakit degeneratif seperti kanser, stroke, sakit jantung, dan diabetes. Anda hairan dan bingung? Jom saya ajak Anda menyemak “rahsia”-nya.



.“Garam” Yang Menyihatkan  
Permasalahan dengan garam bukanlah pada garam itu sendiri tapi pada keadaan garam yang kita makan! Garam meja harian kita tidaklah sama dengan garam laut tradisional yang tidak diproses oleh teknologi tinggi. Garam yang diperjualbelikan dipasaran saat ini hanya merupakan sodium klorida dan bukanlah garam ‘asli’. Oleh kerana perkembangan industri, garam semulajadi kita telah “dibersihkan secara kimia” dan elemen yang diambil hanyalah sodium dan klorida.


Perusahan-perusahan besar memanaskan garam mereka dalam tempat pengeringan dengan suhu mencapai 1200 darjah Fahrenheit, sehingga merubah struktur kimia garam dan dimana akan berpengaruh terhadap kesihatan tubuh kita. Garam meja yang kita pakai untuk memasak pada umumnya hanya memiliki 2 atau 3 elemen mineral. Air laut memiliki 84 unsur mineral. Untuk supaya tubuh kita tetap sihat, kita memerlukan semua unsur tersebut. Ketika kita mengambil garam meja, kita kekurangan 81 unsur mineral yang bererti akan membuat kita makin lama makin lemah, tidak seimbang dan mudah sakit.



Sebuah penelitian selama 8 tahun di New York terhadap pemberian garam asli bagi penderita hipertensi menemukan bahawa mereka yang mendapat diet rendah garam memiliki kemungkinan 4 kali lebih besar akan serangan jantung dibandingkan dengan mereka yang mendapatkan diet garam normal. Hal ini sangat bertentangan dengan kepercayaan yang ada tentang garam dan hipertensi. Dr. Jeffrey R. Cutler mendokumentasikan bahawa tidak ada keuntungan untuk kesihatan kita jika kita mengambil diet rendah garam (garam asli yang tidak dimurnikan oleh kilang moden).


Garam adalah bahan vital bagi kesihatan hidup semua makhluk, terutama manusia, dan terutama orang yang mengalami asma, alergi, dan penyakit autoimun.
Makanan harian kita mengandungi banyak kalium dari sumber semulajadi buah dan sayuran, tetapi tidak mengandungi garam dari sumber semulajadinya. Inilah sebabnya kita perlu menambahkan garam ke diet harian kita.


Garam adalah “ubat” yang telah digunakan oleh para penyembuh disepanjang zaman. Pada budaya tertentu, garam bernilai setara dengan emas, dan bahkan beratnya ditukar dengan berat yang sama dari emas. Di negara-negara gurun pasir, orang tahu bahawa pengambilan garam adalah jaminan ketahanan hidup mereka. Bagi orang-orang ini, harga garam sinonim dengan harga  emas.


Air, garam, dan kalium bersama-sama mengatur kandungan air dalam tubuh. Air mengatur kandungan air di dalam sel-sel dengan memasuki semua sel yang boleh dicapainya. Air harus tiba di sana untuk membersihkan dan menarik sampah racun dari metabolisme sel. Sekali air memasuki sel, kandungan ka­lium dari sel akan menahannya di sana—sejauh tersedia kalium di dalam sel. Bahkan dalam dunia tanaman, kalium di dalam buahlah yang memberinya kekerasan dengan menahan air di dalam buah.



Catatan: Jangan menggunakan terlalu banyak kalium sebagai suplemen diet. Kalium boleh menimbulkan masalah.
 
Setelah bertahun-tahun nama garam dibuat buruk oleh profesional kesihatan yang tidak faham peranan penting garam sebagai pelengkap diet mulai diakui dan dikenali kembali.
 
bersambung....

No comments:

Post a Comment