quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Friday, September 16, 2011

Penyakit , Gejala Dan Penyebab Penyakit

Selama ini kita hanya terpaku pada satu kata sahaja, iaitu "penyakit". Pada umumnya kita tidak dapat membezakan antara penyakit dan gejala penyakit. Pokoknya terasa "sakit", dan itulah yang dianggap penyakitnya.

Apabila berjumpa dengan doktor,kita diberi ubat beberapa hari kemudian "rasa" sakitnya sudah hilang maka kia akan menyangka bahawa penyakitnya juga sudah pergi. Bahkan sebahagian anak- anak dengan diam-diam menghentikan makan ubat yang diberikan oleh doktor kerana doktor telah menyuruhnya untuk menghabiskan ubatnya. Apa yang terjadi sebenarnya adalah, "rasa sakit" nya memang telah hilang. Namun penyakit didalam tubuh masih ada dan bersedia untuk berkembang kembali.





Seharusnya arahan doktor tersebut ditaati sepenuhnya untuk menghabiskan ubat sesuai dos yang telah diberikan oleh doktor. Ya, ada lagi yang disebut " penyebab penyakit ". Ini yang jarang mendapat perhatian. Banyak penyakit-penyakit degeneratif yang oleh dunia ilmiah kedoktoran dikatakan sebagai "belum diketahui penyebabnya". Bagaimana untuk mengubatinya jka penyebabnya sahaja tidak diketahui? Mungkin dengan cara agak agak atau cuba-cuba. Akibatnya terjadi kesan sampingan kerana pengotoran kimia ubat-ubatan pada tubuh yang menyebabkan timbulnya penyakit pada organ lain.


Memang tubuh manusia sangat rumit.Tubuh sahaja demikian rumitnya sehingga sekolah perubatan memerlukan masa bertahun-tahun untuk menyelesaikan pendidikan doktor umum Belum lagi bila ingin menjadi pakar atau bahkan ingin menjadi ahli.diperlukan waktu sangat lama, dan masih jauh lebih banyak lagi sistem biologi tubuh manusia yang belum diketahui oleh dunia ilmiah.

Apabila penyebab penyakit dapat diketahui maka kita akan semakin dekat dengan kawasan kaedah penyembuhannya. Dan tentu sahaja, penyebabnya boleh pada kawasan sisi fizikal , mental , emosional , atau pun mungkin sangat dalam di sisi rohani . Maka jangan hairan, kerana tidak jarang kita mengetahui ada ustaz atau orang-orang kerohanian yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.


Untungnya Allah swt sangat pemurah.Ada penyembuh alternatif yang boleh menyembuhkan penyakit yang telah di vonis oleh doktor tidak mungkin dapat sembuh, contohnya kencing manis. Namun malangnya, penyembuh alternatif ini tidak diakui oleh dunia ilmiah perubatan.
Kenapa?



Ternyata penyembuh alternatif tidak diakui kerana tidak dapat membuktikan ke-ilmiahan kaedahnya,dan juga hasilnya. Kaedahnya bila diulang pada pesakit lain dengan penyakit yang sama mungkin memberikan hasil yang berbeza. Sebagai contoh, orang yang kencing manis dan sembuh setelah dirawat dengan urut refleksi, mungkin tidak memberikan hasil yang sama setelah dilaksanakan pada orang lain. Boleh sahaja orang lain tersebut malah sembuh setelah berubat ke shinshe yang menggunakan herba. Kenapa ya?



Ya disinilah kita mulai masuk ke kawasan ilmu penyebab . Cuba teliti puncanya. Tidak selalu suatu penyakit yang sama disebabkan oleh hal-hal yang sama. Sebagai contoh. Penyakit kencing manis boleh sahaja disebabkan oleh faktor keturunan, atau kerana pencemaran dari racun yang tidak sengaja masuk ke dalam tubuh dan merosakkan pankreas. Atau malah kemungkinan ada sisi mental atau emosional yang menekan organ pankreas sehingga organ ini sakit dan akhirnya bermanifestasi menjadi kencing manis.


Jom eksplorasi diri sendiri, atau saudara yang sakit. Cari punca penyebabnya. . . seterusnya, usahakan penyembuhanya.

No comments:

Post a Comment