quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Friday, September 9, 2011

7 Manfaat Lengkuas Untuk Kesihatan

Lengkuas atau bahasa latin (Alpinna Galanga, Lin) merupakan jenis tumbuhan umbi-umbian yang hidup di dataran tinggi dan rendah, tanaman herba ini menyerupai halia ini tergolong famili Rhizoma. Tidak hanya sedap sebagai bahan masakan, khususnya pada masakan Asia, lengkuas juga mempunyai khasiat kesihatan.


1. Lengkuas mengandungi zat antiinflamasi sehingga bermanfaat sebagai bahan rawatan arthritis dan rheumatoid arthritis

2. Lengkuas juga membantu memulihkan rasa tidak selesa akibat keradangan di perut atau bisul.
3. Untuk meredakan mabuk laut atau dalam perjalanan darat, kunyah beberapa hiris lengkuas
4. Lengkuas juga mempunyai kandungan antioksidan yang mampu meminimakan kerosakan tubuh akibat
    paparan racun dan radikal bebas
5. Untuk melancarkan aliran darah, tambahkan lengkuas ke dalam menu masakan harian.
6. Bila mengalami diare, kunyah beberapa hiris lengkuas untuk meredakannya
7. Selain kaya dengan zat besi, soduim, serta vitamin A dan C, lengkuas juga kaya akan flavanoid dan
    fitonutrien

Sumber: Internet
Imej : Google

No comments:

Post a Comment