quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Wednesday, September 14, 2011

Buah Adalah Makanan Yang Paling Indah

Dengan berbagai jenis pilihan makanan yang tersedia untuk manusia…belum ada yang dapat mengalahkan makanan buatan alam yang satu ini: buah!
Betik masak yang lazat di hari panas terik? Atau menikmati jus limau mandarin yang manis? Apakah ada hidangan buatan manusia yang dapat mengalahkan kesempurnaan buah kurma ketika berbuka puasa?
Buah lebih mudah dicerna daripada biji-bijian kerana pada dasarnya sudah “pra-cerna”.Buah masak tidak memerlukan enzim pencernaan apa pun, sehingga mengurangi beban kerja perut.

1. Buah adalah makanan yang paling indah.
 Makanan semulajadi yang paling merangsang indera kita dari segi warna, penampilan, aroma dan rasa adalah buah.Manusia dilahirkan dengan naluri semulajadi untuk menyukai makanan manis dan di alam naluri semulajadi mengajak kita untuk memakan buah.

2.Ketika kita lapar,buah adalah makanan yang paling cepat mengenyangkan yang boleh kita makan. Apakah ada yang lebih baik daripada memakan buah
3. Buah adalah makanan tertua
Buah telah diambil oleh manusia sejak nabi Adam turun ke bumi, sedangkan biji,kekacang dan produk susu baru ditanam selama 10.000 tahun atau kurang, yang hanya senafas dalam kehidupan umat manusia. Kajian Antropologi menunjukkan bahawa buah telah menjadi sebahagian penting dari diet manusia selama ratusan ribu tahun.
4. Buah diakui sebagai salah satu makanan sihat.
Kebanyakan kita mengetahui bahawa buah adalah makanan sihat yang harus kita
makan lebih banyak kerana kadar vitaminnya.Namun,ramai yang tidak menyedari kualiti gizinya sebagai sumber tenaga. Masyarakat umumnya hanya menganggap buah sebagai makanan ringan atau pencuci mulut, jarang yang mengambilnya sebagai makanan pokok.
Mereka tidak menyedari bahawa buah-buahan adalah makanan pokok selama ribuan tahun yang lalu, jauh sebelum gandum dan padi dan jauh sebelum mee, ketupat dan lontong diciptakan.
Buah adalah sumber gula semulajadi terbaik yang diperlukan untuk tenaga
Buah adalah sumber terbaik vitamin.
Buah sangat kaya antioksidan
Buah membentuk alkali (daging, ikan, biji-bijian dan kekacang adalah pembentuk asid) Kerana buah bersifat alkali, buah tidak merosak gigi dan mengiritasi perut. Diet buah bahkan telah digunakan selama ratusan tahun untuk memerangi kelebihan keasidan dalam tubuh.
Buah mengandungi banyak air murni
Buah mudah disantap, tidak memerlukan banyak persediaan
Buah mengandungi banyak serat, yang diperlukan untuk pencernaan optimum.
Nota:
Terima Kasih: Artikel ini untuk menambah wawasan dan pengetahuan
Tolong : Sebarkan kepada para sahabat yang ingin menjadi SEGAR,BUGAR dan CERGAS
Maaf : Fikirkan dengan hati nurani anda yang mana lebih bagus antara produk buatan manusia dan produk buatan Alam.

Semuga berguna

AkuPurba
Pelajar Universiti Kehidupan
imej : google

No comments:

Post a Comment