quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Thursday, September 15, 2011

Mudahnya Sihat

SIHAT itu mudah jika tahu caranya.
Ada banyak sumber yang memberi kita beragam wawasan sihat. Membaca, mendengar, mengikuti ceramah kesihatan, sebahagian dari upaya memperkaya bekalan agar sihat benar menjadi mudah, kerana sakit, betapa pun ringan, barang pasti jadi mahal.

Tidak harus menjadi doktor untuk menjadi sesihat doktor. Untuk menjadi sesihat orang Swiss pun tak perlu sekaya mereka. Kalau sekarang Anda merasa sudah tua, rencanakan dekad terkini hidup Anda menjadi masa terbaik dalam hidup Anda.
Anda mampu memilih sendiri cara untuk menjadi sihat. Jika Anda merasa masa lalu Anda tidak begitu sihat, tidak pernah terlambat untuk membangun kembali kesihatan Anda. Yakinlah bahawa Anda belumlah mendekati akhir hidup.

Hidup adalah sebuah projek, dan Anda adalah pengurusnya. Apa yang Anda fikir dan lakukan tentang kesihatan merupakan pelaburan hari tua Anda. Potensi untuk sihat ditentukan oleh semua yang sudah Anda kerjakan sebagai pengurus projek. Kualiti hidup Anda merupakan akumulasi dari segala kebiasaan, keyakinan, sikap yang dijalani sepanjang projek hidup Anda sampai hari ini. Sasaranya supaya memperolehi hidup yang selalu baru di sepanjang usia.

Tak cukup hanya memperolehi umur panjang. Tujuan utama hidup bukan untuk menambah agar lebih tua belaka, melainkan melakoni hidup dengan benar pada setiap usia agar tetap sihat sepanjang hayat. Untuk itu hidup harus pintar.

Anda sendiri penentu hidup sihat, bukan orang lain. Peranan doktor kecil sahaja. Pandai-pandai mengisi penuh gelas waktu hidup Anda. Di luar tangan Allah swt, kuota umur Anda ditentukan seberapa tebal buku hidup Anda. Bila bijak membaca buku hidup, kita boleh berharap ada bonus umur di tahun senja kita.

Mari kita baca autobiografi tubuh kita sendiri. Baik buruknya masa tua nanti ditentukan oleh kesihatan kita sekarang. Kuasa, harta, kedudukan tidak akan ada ertinya kalau tidak sihat.
Konsep “Mudahnya Sihat” ingin menambah tebal buku hidup Anda. Saya mengajak Anda memulainya dari sekarang.Untuk sihat, peranan gen dalam sel tubuh Anda hanya sepertiga. Selebihnya soal gaya hidup.

Mungkin Anda selama ini keliru memilih gaya hidup. Namun tidak pernah terlambat untuk membuka kembali lembaran sihat. Anggap hidup Anda bakal terulur lebih lama. Tukar kerusi goyang Anda dengan kasut olahraga, dan percaya bahawa kesihatan terbaik itu ada di dapur Anda, bukan di restoran.

Sekarang kita memasuki “Graying Revolution”. Semakin banyak orang berumur panjang di dunia. Tapi tidak semua berbahagia. Kerana memang tak cukup berumur panjang semata mata kalau ternyata tidak berkualiti. Sasaran projek hidup Anda haruslah bagaimana menjadi tua yang berkualiti. Untuk itu healthy aging perlu dibangunkan. Dengan menjadi tua yang berkualiti bererti diri Anda adalah aset, dan bukan beban.

Anda harus berani menolak mengaku tua, kalau jiwa dan semangat Anda tetap belia. Kibarkan sikap Peter-Pan-Syndrome. Bahawa hidup cuma sekali. Pupuk dengan hal-hal yang positif sahaja. Pastikan dos ketawa Anda tiga kali sehari. Dengan itu Anda boleh menghapus kesedihan dunia, dan sebuah hadiah hidup bugar akan dikirim untuk Anda.

Rajin check- up kesihatan sahaja belum cukup. Anda juga perlu cerdik melakukan check-up terhadap kehidupan.Ciptakan kegembiraan untuk orang lain juga. Manfaatkan setiap kesempatan, agar otak tidak tidur, dan hari-hari selalu terasa baru. Untuk boleh menjadi begitu, sihat kuncinya. Orang yang sihat sudah merasa bersyukur walaupun sekadar menjadi orang biasa. Seseorang menjadi sangat kaya-raya bila sihat.

“Mudahnya Sihat ” bukan slogan, melainkan keyakinan medik yang saya kumpulkan, dan simpulkan sendiri. Dari pergaulan harian dengan pesakit, makin meyakinkan saya bahawa untuk sihat ternyata tidak mahal. Setiap orang punya potensi untuk tiba sampai ke situ, asalkan mahu.

Konsep “Mudahnya Sihat” sahaja mungkin tidak lengkap. Namun yang sekecil ini pun ingin menambah tebal buku hidup Anda. Tidak ada cara lain untuk menjadi sihat. Mungkin Anda harus menyingkap kembali  jentera hidup Anda jika keliru. Saya tahu tidak mudah. Tapi Anda boleh.
***
Sebuah kajian mengungkapkan kalau tubuh manusia direka  untuk dapat bertahan hidup sampai 120 tahun (Maximum Life Potential, Dr. Walter M. Bortz). Namun lebih banyak orang yang hidupnya tidak panjang. Apa masih mungkin sekarang ini setiap orang mampu menempuh umur sepanjang itu? Saya mengajak Anda menjawabnya boleh.

Purata orang lebih dua pertiga masa hidupnya dihabiskan untuk bekerja. Bukan sedikit yang sampai menjelang ajal masih terus mencari nafkah. Aktiviti otak sepanjang hayat eloknya memang tidak boleh ikut bersara. Namun aktiviti fizikal berlebihan tanpa henti membuat tubuh lekas lapuk dan haus. Mereka yang bekerja dengan fizikal tanpa henti sampai uzur, Maximum Life Potential-nya berisiko tidak lagi penuh lantaran masalah kesihatan bakal lebih banyak muncul di hari tua.

Seseorang dikatakan mampu menikmati hidup, dan hidup dirasakan bermakna jika hidupnya ditempuhi dengan seimbang (harmoni). Untuk itu tak perlu hidup berlebihan.Perlu menyediakan waktu untuk merenung. Punya waktu untuk ‘time-out’ sejenak, melakukan check- up juga terhadap kehidupan. Tahu pula bila saatnya harus ketepi/ menepi (“Ruralisasi”).

Agar menjadi kurang bermasalah dalam kesihatan, fikirkan pula seberapa bagus harusnya kita memperlakukan tubuh disepanjang hidup. Cukupkah zat,sehingga jentera tubuh kita awet tahan lama. Cukupkah rehat harian sehingga roda dan tayar tubuh kita tidak lekas haus, dan gondol.Sudah cukupkah tenang dan nyaman jiwa kita.

Jiwa yang gundah merosak badan juga. Stress sendiri merosak tubuh. Kencing manis, jantung koroner, darah tinggi, lemak darah, begitu juga kanser diperburuk oleh stress. Barangkali itu sebab usia krisis orang didunia yang dulu rata-rata baru terjadi setelah usia 50, cenderung dirundung stress yang berterusan (malstress), krisis orang sekarang sudah muncul ketika umur sebelum 40 an.

Kita melihat semakin banyak kes psychosomatic muncul pada orang sekarang. Inilah bentuk keluhan penyakit di badan yang dihebahkan oleh jiwa yang gundah. Bentuk penyakit badan yang muncul akibat jiwa yang merana.
***
SESUNGGUHNYA masihkah ada yang boleh kita lakukan agar tidak punya masalah kesihatan hingga kepenghujung hayat? Inilah beberapa butir yang masih mungkin kita kerjakan demi tetap sihat berkualiti sampai kepenghujung umur.

1. Umur tubuh kita (Maximum Life Potential) Ditentukan oleh kualiti pembuluh darah yang berada di dalamnya.
Pembuluh darah bertugas membekalkan makanan keseluruh sel tubuh. Agar pembuluh darah optimum melaksanakan tugasnya bukan sahaja dindingnya yang harus tetap elastik, melainkan perlu dicegah agar tak menumpuk karat lemak (atherosclerosis) di dalam sana. Untuk itu kadar lemak dalam darah (cholesterol, triglyceride) tidak boleh terus menerus dibiarkan tinggi. Kencing manis, darah tinggi, gaut , dan radikal bebas sendiri berkomplot membantu menambah ketebalan karat lemak dinding pembuluh darah.

Dengan bertambahnya usia, dinding pembuluh darah sendiri akan semakin mengeras dan kaku (arteriosclerosis). Proses kekakuan ini dipercepat selain bila nutrisi yang kita ambil tidak selalu lengkap, keadaan darah tinggi pun tetap kita pelihara. Untuk itu selain darah tinggi harus dikawal, menu harian perlu mencukupi seluruh ragam zat , termasuk sejumlah vitamin dan mineral yang membantu memelihara pembuluh darah tubuh kita tetap belia.

Namun dinding pembuluh darah yang masih elastik dan tanpa karat lemak belum cukup untuk menyehatkan jika kualiti darah yang mengalir di dalamnya tidak normal. Darah dikatakan sihat jika penuh bermuatan oksigen selain lengkap zat nutrisi yang dikandungnya.Untuk itu perlu olah nafas (gerak badan dan meditasi) selain tetap berselera makan apa sahaja menu berkualiti (menjadi pemakan segala makanan halal= x der pantang).

Dinding pembuluh darah yang sihat, darah yang berisi lengkap muatan oksigen dan nutrisinya masih belum menjamin makanan itu boleh tiba ke dalam sel yang memerlukannya bila jantung tidak mengepam optimum. Maka kerja jantung perlu optimum. Dengan cara begitu sel-sel tubuh tidak kekurangan makanan, dan optimum menunjang tubuh. Berjuta juta sel tubuh tetap bugar dan tidak layu.
Sel-sel tubuh membentuk jaringan.Jaringan membentuk organ. Jika organ tubuh tidak mendapat makanan yang optimum jumlah atau  kualitinya, mereka akan lekas merana. Sel organ yang merana akan kian mundur fungsinya.

Jika semua organ tubuh mengendur fungsinya, jentera tubuh tidak bekerja dengan optimum. Keadaan ini yang memunculkan gejala penurunan kecergasan fizikal. Kes “tidak-sihat-tidak-sakit” di kalangan orang moden berhulu dari keadaan seperti ini juga.Sel kekurangan zat, selain tidak selalu kecukupan oksigen.
Kes lesu-letih-lemah lazimnya dikeluhkan  oleh orang sekarang. Doktor dihadapkan pada kenyataan pesakit meminta doktor memberikan resepi untuk meningkatkan kecergasannya yang dirasakan pesakit semakin mundur.

Kes demikian lazimnya bermula dari sel tubuh yang dibiarkan lama menderita kekurangan bekalan makanan yang diperlukannya. Keadaan itu disebabkan pembuluh darahnya sendiri yang sudah tidak sihat, atau boleh juga sebab kualiti darahnya yang kurang zat, atau boleh juga sebab kerja jantung yang memang sudah lemah (akibat penyakit atau kurang gerak badan), atau gabungan dari ketiganya.

Sel-sel tubuh yang kekurangan makanan akan menjadikannya cepat haus dan lekas tua.Tanpa harus kekurangan bekalan makanan sahaja, dengan bertambahnya usia, sel-sel tubuh mengalami proses penuaan. Menyaksikan semakin lajunya proses penuaan itulah yang menggerakkan Linus Pauling, peraih Nobel vitamin C, mengubah paradigma hidup sihat dengan menilik langsung pada nasib menjadi krisisnya sel tubuh kebanyakan orang moden (Konsep “Orthomolecular Medicine”).

2. Jadi upaya menyihatkan tubuh bererti harus ditujukan pada upaya menyihatkan seluruh sel tubuh.
Supaya sel tubuh sihat dan jaringan organ yang dibangunkannya bekerja dengan cemerlang, bekalan makanannya pun harus optimum.
Untuk itu pembuluh darah di seluruh tubuh perlu dirawat. Caranya selain menu harian meja makan keluarga perlu ditata jumlah dan kelengkapan nutrisinya, semua penyakit yang melemahkan keutuhan pembuluh darah, khususnya kencing manis, darah tinggi, gaut, radikal bebas, harus disingkirkan. Untuk mencapai itu,selain perlu ubat dan pantang itu-ini, perlu pula menu seimbang, iaitu menu yang memadai jumlah dan lengkap pula seluruh nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Kes orang moden “kurang zat” bahagian yang tengah diperhatikan oleh penganut “Orthomolecular Medicine”. Dari situ pula muncul alasan mengapa sekarang begitu banyak makanan suplemen ditawarkan. Menu barat yang keliru namun menjadi masalah orang Malaysia kerana kita meniru pilihan makan yang tidak tepat.

3. Radikal bebas (free radicals) ada di dalam dan di luar tubuh.
Tubuh sendiri menghasilkan anti oksidan untuk menawarkan racun radikal bebas yang terbentuk dalam tubuh. Namun kehidupan zaman sekarang yang penuh polusi (udara,air makanan, overtraining),antioksidan yang tubuh hasilkan sudah tak mampu lagi menawarkan begitu meriahnya radikal bebas yang kian mencemari tubuh.
Untuk mengurangi tumpukan radikal bebas, kita boleh menata hidup dengan memilih gaya dan cara hidup yang lebih arif dalam soal makan, bekerja, aktiviti harian, dan pilihan menetap.

4. Usahakan agar menu harian lebih semulajadi 
Jauhi makanan olahan (junk food), kini menjadi kiblat orang di negara maju. Kita sendiri malah bangga kalau dapat makan burger, steak, dan menu fast food, serta junk food yang sebetulnya sudah banyak kehilangan zatnya, dan tergolong boros lemak, gula, dan garam. Jenis menu begini yang menjadikan lemak dalam darah kita cenderung lebih tinggi dari normal.

Anggapan semakin gemuk semakin memberi kesan makmur harus pupus dari benak anak-anak kita. Bukan yang gemuk melainkan yang tidak gemuk justru yang tergolong sihat. Begitu hendaknya kita sampai ke penghujung usia.

STATUS kesihatan seseorang mencerminkan autobiografi menu hariannya sepanjang hidupnya. Menu moden di satu sisi jadi kelebihan zat sehingga menjadikan berat badan selalu melebihi ukuran normal. Pada sisi lain banyak orang yang hidupnya kecukupan berisiko kekurangan zat. Kenapa?

Tidak sedikit di Amerika orang yang kekurangan pengambilan mineral, termasuk trace elements akibat monodiet, selain memilih menu olahan yang zatnya sudah kritikal. Tubuh memerlukan lebih 45 jenis nutrisi setiap hari. Sebahagian tidak dapat dihasilkannya sendiri (essential) dan hanya bergantung dari menu harian.
Makanan dalam tin, masakan olahan, junk food, fast food, merupakan “menu hampas’, sebab sudah banyak kehilangan zat  akibat cara tuai/petik, cara simpan, cara olah yang salah. Sementara lapisan permukaan tanah (topsoil) bumi kita sudah hanyut ke laut sehingga kehilangan sebahagian besar unsur nutrisi yang diperlukan tanaman, ternakan dan tubuh manusia.

Sayur-sayuran, dan ternakan yang kita ambil sekarang ini sudah tidak lengkap lagi kandungan zatnya dibandingkan yang diambil oleh nenek moyang kita dahulu. Jika tubuh kekurangan zat yang tubuh tidak dapat menghasilkannya sendiri, lama kelamaan akan mengganggu jentera tubuh juga. Sakit zat sebegini yang kini banyak dideritai oleh orang moden dalam bentuk keluhan dan gejala yang beraneka: antara lain keluhan letih-lelah-lesu. Tak sedikit keluhan orang sekarang yang bukan suatu entiti penyakit. Boleh jadi hanya sekadar “kurang zat” orang moden.

Boleh difahami jika banyak kes penyakit jantung, hati, prostat, pankreas, atau organ lainnya hingga gangguan jiwa muncul hanya lantaran kekurangan trace elements tertentu. Inilah mineral garam karang (halite mineral) yang diperlukan dalam dos yang amat kecil, namun menimbulkan gangguan bila tubuh tidak mendapatkannya setiap hari.

Tubuh kita memerlukan puluhan jenis trace elements, yang tidak selalu tersedia dalam menu harian kita sekarang ini bila pola makan masih mono diet selain memilih “menu hampas”.
Kaitan zinc dengan gangguan prostat, chromium dengan kencing manis, selenium dengan jantung, dan banyak penelitian baru mengungkapkan betapa pentingnya peranan mineral dan trace elements dalam memunculkan banyak “penyakit” (kurang zat) yang nyata sebagai keluhan dan gejala yang mungkin bukan entiti suatu penyakit.

Pencemaran ada di mana-mana. Udara yang kita hirup setiap detik polutannya sudah melebihi ambang yang diperkenan oleh tubuh. Air yang kita minum belum tentu cukup mineralnya selain banyak pencemarannya. Menu harian kita juga sudah tercemar dengan pengawet, zat pewarna, penyedap rasa, selain bibit penyakit, serta radikal bebas yang menyumbang untuk mencetuskan berbagai penyakit termasuk risiko terkena kanser.

HIDUP sihat sampai tua ialah hidup yang sentiasa terjaga tertib dan teratur. Tertib dan teratur waktu makan, waktu bekerja, waktu melepas lelah, rekreasi, selain rutin gerak badan.Merasa diri bermakna. Bukan sahaja tahu arah ke mana hidup, melainkan juga benar menempuhinya di mata Allah.

Tak perlu minta bukti lagi kalau hidup kurang gerak (sedentary life) bakal meningkatkan risiko jantung koroner, atau stroke, sama jahatnya dengan merokok dan minuman keras. Ada baiknya mulai berfikir untuk ‘do by yourself’ sepanjang hari (menjadi "Mr.Mom") di rumah sendiri, apa salahnya ikut mengganti lampin bayi, mendukung anak, mencuci pakaian, menyapu sampah,mencuci pinggan mangkok dan sebagainya, oleh kerana semua pekerjaan rumah tangga merupakan exercise paling semulajadi untuk otot tubuh kita tanpa perlu menyisihkan waktu khusus seperti untuk bermain golf, atau tennis, dan fitness( misalnya).

Untuk vitamin batin kita perlu menyediakan waktu untuk rekreasi, dan banyak tertawa. Dos tertawa sekurang-kurangnya tiga kali sehari, kalau boleh sampai terbahak-bahak. Tertawa menyihatkan jantung dan paru-paru, selain menambah deras aliran darah. Tertawa juga meningkatkan hormon endorfin, morfin yang dihasikan oleh tubuh, untuk mengendurkan rasa perih-pedih kehidupan.

Biasakan mengajak otak tetap aktif, sentiasa berfikiran positif (sebahagian dari kuasa doa), dan mengasah otak kanan dengan lebih kerap menikmati produk kesenian (muzik, pameran lukisan, sastra dll), seterusnya dengan brain-gym, sehingga berhasil membangun hidup seimbang antara fikiran, watak, dan rasa.

Dikumpulkan dari berbagai sumber untuk diri sendiri dan dikongsikan untuk mereka yang memerlukan.

sumber : internet

No comments:

Post a Comment