quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Wednesday, September 14, 2011

1001 Manfaat Pisang

Pisang dikenali sebagai salah satu makanan super bagi para atlet dan pakar kesihatan. Kandungan tiga gula semulajadi, sukrosa, fruktosa dan glukosa serta serat memberi tenaga untuk pembakaran tenaga selama 90 minit tanpa henti.
Namun, 'penyumbang' tenaga bukanlah satu-satunya manfaat buah pisang. Jenis buah tropika ini membantu mengatasi dan mencegah beberapa jenis penyakit dan gangguan kesihatan. Sehingga diperlukan untuk menambah diet harian.
1. Anemia
Pisang tinggi zat besi yang merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan membantu mengatasi anemia.



2. Tekanan Darah Tinggi
: Buah tropika mempunyai kandungan kalium yang tinggi tetapi rendah garam, sehingga sempurna untuk mencegah dan mengurangkan tekanan darah tinggi. FDA membenarkan pengeluar buah ini mendakwa pisang menurunkan risiko tekanan darah dan stroke.

3.Meningkatkan konsentrasi
Kemampuan belajar pelajar yang makan pisang ketika sarapan dan makan tengahari terpacu kerana kandungan kalsium tinggi dalam pisang. Kalsium berfungsi membantu meningkatkan konsetrasi dan kewaspadaan.


4. Sembelit
Tinggi kadar serat yang membantu menormalkan pencernaan dan membantu mengatasi sembelit tanpa ubat-ubatan laksatif.

5. Depresi
Para pesakit depresi merasa lebih baik selepas makan pisang. Sebab, pisang mengandungi tryptophan, sejenis protein yang diubah menjadi serotonin dalam tubuh untuk memberi rasa santai, memperbaiki mood dan membuat bahagia.

6. Ubat mabuk
Cara paling mudah untuk mengubati rasa sakit dan mual akibat mabuk adalah dengan milkshake pisang dicampur madu. Pisang menenangkan perut dan madu meningkatkan kembali gula darah.


7. Penyakit Jantung
 Pisang mempunyai kesan antasid, sehingga bila merasa hati seperti terbakar, makan pisang akan meringankan rasa sakit. Makan pisang secara teratur dapat mengurangkan risiko stroke sebesar 40 peratus.

8. Morning Sickness (mual pada wanita hamil)
Mengambil pisang di antara waktu makan besar membantu menjaga kadar gula dan mencegah mual-mual pada wanita hamil.

9. Gigitan Nyamuk
Sebelum menggunakan krim anti-gigitan serangga, cuba sapukan bahagian yang terkena gigitan nyamuk dengan bahagian dalam pisang kulit pisang. Ini akan mengurangkan pembengkakan dan iritasi.


10. Saraf
Buah pisang tinggi kadar vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf dan mengurangkan stres dengan kandungan potasiumnya.

 
11. PMS (Sakit- haid) Vitamin B6 dalam pisang mengawal tahap glukosa darah, yang boleh mempengaruhi suasana hati anda menjelang menstruasi.

12. Merokok
Pisang juga boleh membantu orang yang cuba berhenti merokok. Tahap vitamin C, A, B6, dan B12 yang dikandungnya, bersama dengan kalium dan magnesium, membantu tubuh cepat sembuh dari kesan racun nikotin.

 
13. Pengendali suhu badan
Pisang berfungsi sebagai makanan 'pendingin' yang memperbaiki keadaan fizikal dan emosional ibu. Pisang dapat menurunkan suhu dalam kandungan dan membantu bayi lahir dengan suhu badan tidak tinggi.
14. Gastrik dan luka usus
Pisang mencegah gastrik dan luka akibat gangguan pencernaan kerana tekturnya yang lembut. Pisang satu-satunya makanan yang membantu mengatasi gangguan yang lebih kronik

15. Ubat Kematu
Pisang adalah ubat semulajadi untuk menghilangkan kutil. Letakkan kulit bahagian dalam pisang pada kematu dan plaster.

Sekarang anda dah tahu... bersyukurlah
Sumber :vivanews.com
Imej :google

No comments:

Post a Comment