quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Wednesday, September 28, 2011

Garam: Beberapa Keajaiban yang Tersembunyi

Garam (garam laut asli, bukan garam meja) memiliki banyak fungsi penting daripada sekadar mengatur kandungan air dalam tubuh. Batmanghelidj, MD mengungkapkan beberapa fungsi garam yang lebih vital di dalam tubuh:
Garam adalah antihistamin semulajadi yang kuat. Garam dapat digunakan untuk meredakan asma. Letakkan di atas lidah setelah minum satu atau dua gelas air. Garam berkesan sebagai ubat hirup tanpa kesan racun. Anda harus minum satu atau dua gelas air sebelum menempatkan garam pada lidah. Jenis penggunaan garam seperti ini hanya untuk ke-
adaan kecemasan.
Normalnya, Anda harus menambahkannya pada makanan atau air sebelum diminum.
  • Garam adalah unsur antistress yang kuat untuk tubuh.
  • Garam sangat penting untuk menarik kelebihan keasidan di dalam sel-sel, terutama pada sel-sel otak. Jika Anda tidak mahu menderita penyakit Alzheimer, jangan melakukan diet bebas garam dan jangan biarkan mereka memberi ubat diuretik untuk waktu yang lama!
  • Garam sangat penting untuk ginjal membersihkan kelebihan keasidan dan mengeluarkan keasidan ke dalam air kencing. Tanpa cukupnya garam dalam tubuh, tubuh akan menjadi semakin berasid.
  • Garam penting dalam rawatan gangguan emosional dan afektif. Litium adalah pengganti garam yang digunakan dalam rawatan kemurungan.
  • Garam penting bagi penyelenggaraan kadar serotonin dan melatonin di otak. Ketika air dan garam melakukan kewajipan antioksidan semulajadinya dan membersihkan sampah racun dari tubuh, asid-asid amino esensial, seperti triptofan dan tirosin, tidak akan dikorbankan sebagai antioksidan kimia. Dalam tubuh yang terhidrasi dengan baik, triptofan dicadangkan dan dapat memasuki jaringan otak, lalu digunakan untuk menghasilkan serotonin, melatonin, dan triptamin—transmiter-transmiter saraf antidepresan yang esensial.
  • Menurut Dr. Batmanghelidj, garam vital untuk pencegahan dan rawatan kanser. Sel-sel kanser dimatikan oleh oksigen; sel kanser adalah organisme anaerobik. Sel ini harus tinggal di lingkungan yang rendah oksigen. Ketika tubuh terhidrasi de­ngan baik dan garam memperbesar volume darah yang beredar ke semua bahagian tubuh, oksigen dan sel-sel imun yang aktif dan termotivasi di dalam darah akan mencapai jaringan kanser dan menghancurkannya. Dehidrasi (kekurangan air dan garam) menurunkan sistem imun dan aktiviti sel-sel pelawan penyakit dalam tubuh.
  • Garam vital untuk mempertahankan kebugaran dan kekuatan otot. Kurangnya kendali kencing dan kebocoran kencing juga merupakan akibat dari pengambilan ga­ram yang rendah. Surat berikut dari Dottlee Reid, usia enam puluhan, akan memperjelas soal ini. Surat ini mengungkapkan bagaimana pengambilan garam membantunya mengatasi masalah lutut serta kebocoran kencing yang terus-menerus. Batmanghelidj memilih untuk menerbitkan surat ini untuk membahagikan khabar gembira kepada jutaan orang lanjut usia—yang mungkin menggunakan diuretik—bahawa pengambilan garam yang memadai mungkin dapat menyelamatkan mereka dari keadaan yang memalukan kerana harus selalu mengenakan pembalut.(pampers)
Doktor Batmanghelidj yang baik:

Pada tanggal 25 juni 1999 saya terpaksa pulang dari tempat kerja saya kerana sakit lutut saya menjadi tidak tertahan. (Ini adalah sebuah luka lama, ditimbulkan oleh seorang kiropraktor bertahun-tahun yang lalu dan akhir-akhir ini terluka. kembali.) Saya banyak berbaring di tempat tidur kerana terlalu sakit untuk berjalan.

Saya mempunyai buku dan kaset Anda (Your Body’s Many Cries for Water). Pada tanggal 3 July 1999, saya memutuskan untuk mencuba berjalan mengitari blok perumahan. Saya berhasil, dan pada tanggal 4 July saya berjalan enam blok ke gereja. Pada 5 Juli, saya memandu kereta selama tujuh jam, dan hanya berhenti dua kali untuk pergi ke toilet. Pundi kencing kemih saya sangat lemah dan saya membawa pakaian cadangan kerana saya yakin bahawa saya akan memerlukannya. Saya tiba di tempat tujuan tanpa membasahi pakaian, dan untuk pertama kalinya dalam hidup, saya tidak lelah dan bahkan boleh berjalan kaki sebelum tidur.Saya sangat kurus dan makanan yang boleh saya makan sangat lah terbatas. Tiba-tiba sahaja saya menemukan bahawa saya makan makanan yang selama bertahun-tahun tidak boleh saya makanbuah peach, tembikai, tamato, nenas, dan bahkan makanan manisdan saya menikmatinya tanpa kesan sampingan.

Selama bertahun-tahun saya tidak minum apa pun kecuali air, tetapi saya telah menghentikan garam. Kesalahan besar! Otot-otot saya benar-benar menjerit, begitu pula banyak bahagian tubuh lain. Saya masih mengalami masalah dengan olahraga, tetapi sudah belajar mendengarkan tubuh saya sendiri dan berharap suatu hari nanti saya tidak lagi mengalami masalah gas, kembung, peredaran darah, dan alergi. Saya dapat mengatakan dengan jujur bahawa di sebahagian besar hari, saya merasa lebih baik dibandingkan keadaan saya selama bertahun-tahun, dan saya tidak pernah boleh cukup berterima kasih untuk bantuan Anda.

Garam (garam laut asli, bukan garam meja) dapat sangat berkesan untuk menstabilkan denyut jantung yang tidak teratur, dan berlawanan dengan pemahaman yang keliru bahawa garam menyebabkan tekanan darah tinggi kerana sebenarnya esensial bagi pengaturan tekanan darah—bersamaan dengan air dan mineral, seperti telah disebutkankan sebelumnya. Tentu sahaja proporsi (perkadaran) sangat penting. Pada beberapa orang, diet yang rendah garam dengan pengambilan air yang tinggi sebenarnya dapat menaikkan tekanan darah.

Logiknya sederhana, jika Anda minum air dan ti­dak makan garam, air tidak akan tinggal secara memadai di peredaraan darah untuk tetap mengisi semua pembuluh darah. Pada beberapa orang, ini akan menyebabkan pingsan. Pada orang lainnya, ini akan menyebabkan penciutan arteri sampai ke titik peningkatan tekanan darah yang boleh diukur. Satu atau dua gelas air dan beberapa garam—sejemput garam laut asli di lidah—akan segera dan berkesan menenangkan jantung berdebar, dan dalam jangka panjang, akan mengurangi tekanan darah.

Garam vital bagi tatacara tidur. Garam adalah bahan penghipnotis semulajadi. Jika Anda minum segelas air, kemudian menempatkan beberapa butir garam di lidah dan membiarkannya di sana, Anda akan jatuh ke dalam tidur semulajadi  yang dalam. Jangan menaruh garam di lidah, kecuali Anda  minum air. Penggunaan garam secara terpisah dan berulang dapat menimbulkan berhingus. Pengambilan air yang rutin dan penambahan sejumlah garam dalam diet akan mengatur pola tidur.

Garam adalah unsur vital bagi penderita diabetes. Garam membantu menyeimbangkan Kadar gula dalam darah dan mengurangi keperluan insulin pada mereka yang harus menyuntikkannya untuk mengatur kadar gula darah me­reka. Air dan garam dapat mengurangi keluasan kerosakan sekunder (ke-2) pada mata dan pembuluh darah yang terkait dengan diabetes.Garam vital bagi pembangunan tenaga hidroelektrik dalam semua sel tubuh. Garam digunakan oleh sel-sel untuk membangun tenaga lokal pada tempat-tempat yang memerlukan tenaga.

Garam vital bagi komunikasi dan pemrosesan informasi oleh sel-sel saraf selama sel-sel otak bekerja, sejak pembuahan sampai kematian.
Adalah bijaksana untuk menambah garam ke jus limau un­tuk menyeimbangkan tindakan natrium dan kalium dalam memelihara volume air yang diperlukan di dalam dan di luar sel. Pada beberapa budaya, garam ditambahkan ke tembikai susu dan buah lain untuk menekankan rasa manisnya. Buah-buah ini terutama mengandungi kalium. Dengan menambahkan garam se­belum dimakan, dicapai keseimbangan antara pengmbilan natrium dan kalium.
 Hal yang sama perlu dilakukan pada jus lain.Sebagai aturan yang baik, Anda memerlukan sekitar 3 hinggai 4 gram garam sehari untuk setiap sepuluh gelas air yang Anda minum. Tiga gram adalah sekitar setengah sudu teh. Penghitungan yang lebih mudah adalah seperempat sudu teh garam untuk setiap liter air.
  • Garam vital bagi penyerapan partikel makanan melalui saluran usus.
  • Garam vital bagi pembersihan sumbat lendir dan lendir yang melekat pada paru-paru, terutama pada penderita asma, emfisema, dan kista fibrosis.
  • Garam di lidah dapat membantu batuk kering.
  • Garam vital untuk penjernihan kerak dan sumbatan si­nus.
  • Garam dapat membantu pencegahan gout (asid urik) dan gout-artritis.
  • Garam esensial untuk pencegahan kram otot.
  • Garam vital dalam mencegah produksi air ludah yang berlebihan sampai mengalir ke luar dari mulut semasa tidur. Keperluan untuk terus-menerus membersihkan kelebihan  air ludah menandakan kekurangan garam. Osteoporosis diakibatkan oleh kekurangan garam dan air di tubuh.
  • Garam mutlak perlu untuk mengeraskan struktur tulang.
  • Garam dapat membantu memelihara kepercayaan diri dan citra diri yang positif—hasil keperibadian yang dikendalikan oleh serotonin dan melatonin.
  • Garam dapat membantu memelihara libido.
  • Garam dapat membantu mengurangi dagu berlapis. Ketika tubuh kekurangan garam, ini bererti tubuh sangat kekurangan air. Kelenjar ludah merasakan kekurangan air dan merasa wajib untuk memproduksi lebih banyak ludah untuk melembutkan tindakan mengunyah dan menelan serta memasukkan air ke perut yang diperlukan untuk memecah makanan.
 Peredaran darah ke kelenjar ludah akan bertambah, dan pembuluh-pembuluh darah menjadi “bocor” memasukkan air ke kelenjar untuk pembuatan air ludah. Kebocoran ini tumpah ke kawasan-kawasan di luar kelenjar sendiri, dan menyebabkan ketebalan di bawah dagu dan pipi serta ke dalam pipi sendiri.

Garam dapat membantu mencegah pembuluh mekar (varicose veins) pembuuh darah dan “vena labah-labah” di kaki dan paha.
Garam   laut  mengandungi  sekitar  lapan  puluh empat   unsur mineral yang diperlukan tubuh. Beberapa dari unsur ini dperlukan dalam jumlah yang sangat kecil. Garam laut yang belum dihaluskan adalah pilihan yang lebih baik dibandingkan jenis garam lainnya yang tersedia di pasaran.
Garam meja biasa yang dibeli di pasaraya telah kehilangan unsur-unsur yang menemaninya dan boleh me­ngandungi unsur tambahan seperti aluminium silikat (silicate) agar tidak menggumpal dan tetap poros(porous). Aluminium adalah bahan yang sangat beracun bagi sistem saraf. Aluminium telah diduga sebagai salah satu penyebab utama dari pe-nyakit Alzheimer.

Sebaik garam bagi penderita asma, seburuk itu pula kele­bihan kalium. Terlalu banyak jus limau, terlalu banyak kalium dapat memicu serangan asma, terutama jika terlalu banyak minuman atau terlalu banyak pisang digunakan sebelum berolahraga. Kalium dapat menimbulkan serangan asma yang diinduksi oleh olahraga. Untuk mencegah serangan seperti ini, asupan beberapa garam sebelum olahraga dapat meningkatkan kapasiti paru-paru untuk pertukaran udara. Garam juga mengurangi peluh yang berlebihan.
  • Disarankan Anda memakai terapi garam ini di sepanjang hari. Jika Anda berolahraga dan bekeringat, Anda memerlukan lebih banyak garam. Pada cuaca panas, ketika Anda kehilangan air dari permukaan kulit tanpa Anda sedari, Anda memerlukan lebih banyak garam. Pada cuaca seperti ini, garam dapat membuat perbezaan besar antara ketahanan hidup serta kesihatan yang baik dan keletihan kerana panas serta kematian.Peringatan! Pada saat yang sama, Anda tidak boleh meng­gunakan garam secara berlebihan.
  • Anda harus mengamati perbandingan keperluan garam dan air pada tubuh. Selalu pastikan bahawa Anda minum cukup air untuk mencuci kelebihan garam ke luar dari tubuhJika berat tubuh Anda menaik mendadak dalam satu hari, padahal Anda tidak terlalu banyak makan,ertinya Anda telah terlalu banyak menggunakan garam. Hentikan pengambilan garam selama satu hari dan minumlah banyak air untuk meningkatkan keluarnya kencing dan melenyapkan pembengkakan.
  • Garam meja memang tidak baik untuk kesihatan. Ini hanya baik untuk rasa dalam masakan. Itulah sebabnya ikan laut dalam akuarium akan mati jika kita beri garam meja kedalam air akuarium, namun tidak jika kita beri garam laut tradisional asli yang proses pengerjaannya hanya melaui proses penjemuran. Keperluan tubuh kita akan garam sama juga dengan ikan-ikan laut tersebut.
  •  Berhati-hatilah dengan label “Garam laut asli” untuk garam meja yang Anda beli dari supermarket atau kedai-kedai kerana memang garam meja berasal dari garam laut, namun telah diproses sedemikian rupa menjadi garam yang “kehilangan komponen pelengkap” sehingga tidak baik untuk kesihatan jika kita mengambilnya banyak-banyak.
  • Anda boleh mendapatkan garam laut tradisional asli ini di pasar-pasar tradisional di desa atau bandar Anda. Supermarket, mall, dan kedai-kedain hanya menjual garam meja yang tidak sihat bagi Anda dan keluarga Anda.
  •  Dari awal Allah swt menciptakan garam tidak untuk mengalami proses pabrikasi berlebihan seperti ini. Allah ingin kita boleh menikmatinya seperti apa adanya dan sains moden telah membuktikan kebenarannya.
rujukan:

No comments:

Post a Comment