quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Wednesday, September 14, 2011

Psst Mangga ...

Mangga terkenal akan buahnya yang bulat, warna isinya kuning, warna kulitnya hijau dan kekuning-kuningan, rasanya manis, buah ini amat disukai oleh penggemar buah mangga dan ramai diantara kita belum mengetahui secara luas manfaat mangga untuk kesihatan. Menurut kajian saintis mengatakan bahawa mangga yang paling bagus untuk kesihatan usus.
"Mangga mempunyai peringkat prebiotik yang lebih tinggi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan lain, sehingga membantu menjaga usus sihat," ujar saintis dari Maharashtra Association Cultivation of Science 's Agharkar Research Institute (MACS-ARI),  disiarkan oleh Medindia, Rabu (9/3/2011) .

Mangga telah dikenali sebagai buah karbohidrat dan kalori yang tinggi. Selain itu, prebiotik pada mangga juga ditemui sangat tinggi dari semua buah-buahan.
Prebiotik merupakan sejenis serat khusus yang boleh menjadi makanan untuk mikroorganisme di dalam usus. Prebiotik boleh dikatakan sebagai makanan non-cerna yang membantu pertumbuhan bakteria menguntungkan (probiotik) dalam usus. Prebiotik adalah makanan untuk probiotik.


Probiotik merupakan mikroorganisme hidup yang diminum untuk menjaga keseimbangan sistem pencernaan di usus. Probiotik atau bakteria baik sangat membantu mencegah penyakit
."Jika anda mempunyai sejumlah besar bakteria baik ini dalam tubuh anda, maka lapisan dalam usus tetap sihat dan membantu mencegah penyakit seperti keradangan, penyakit usus, penyakit yang berkaitan dengan antibiotik, susah buang air besar dan irritable bowel syndrome (sindrom keradangan usus)," jelas Dr. Parimal Lawate, senior gastroenterologist.


Selama 10 tahun para saintis telah mempelajari 90 jenis buah-buahan dan tanaman yang boleh dimakan untuk kejayaan membantu pertumbuhan probiotik dalam sistem pencernaan.
"Kajian kami menunjukkan bahawa L rhamnosus, merupakan bakteria menguntungkan yang berada dalam buah mangga, membantu mengurangkan kewujudan E coli. Hal ini menunjukkan potensi menjanjikan untuk kelainan mangga sebagai sumber prebiotik, "jelas Vaishali Agte, saintis di Agharkar Research Institute.

sumber :internet
imej :google

No comments:

Post a Comment