quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Wednesday, September 28, 2011

BUAH MANGGIS UNTUK KECANTIKAN

Buah ungu yang satu ini sering disebut sebagai "buah super", Kerana mengandungi banyak antioksidan dan nutrisi yang bermanfaat bagi kesihatan dan kecantikan. Sekarang ini buah tersebut umum digunakan sebagai suplemen gizi. Untuk pilihan semulajadi, manusia dapat mengambil segelas jus manggis untuk dos harian. Manfaat lain bagi kesihatan pun sangat banyak. Beberapa di antaranya adalah:
Membantu tubuh dalam melawan radikal bebas, tanda-tanda penuaan fizikal.
  • Radang dan sakit juga boleh diatasi dengan kandungan Xanthone yang ada di dalam buah manggis. Ia berfungsi melawan aneka keradangan di dalam badan.
  • Xanthone sendiri adalah zat kimia yang befungsi untuk meningkatkan sistem imun tubuh.
  • Kandungan Xanthone pada manggis juga sering digunakan untuk membuat aneka ubat penahan rasa sakit.
Kandungan nutrisi lain yang ada pada buah manggis adalah catechins, polysaccharides, quinones, stilbenes dan polyphenols.

Catechins terbukti mengandungi lima kali antioksidan berbanding vitamin C, sedangkan Polysaccharides dan Quinones dikenali sebagai anti bakteria, sehingga dapat melindungi tubuh dari bakteria mana-mana. Kedua-duanya juga berfungsi sebagai pencegah kanser, dan terakhir Stilbenes adalah zat mencegah timbulnya aneka cendawan yang merugikan tubuh.

Murah dan bermanfaat
sumber:google

No comments:

Post a Comment