quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Thursday, September 15, 2011

Bugar Berkat Secawan Herba

Hidup sihat bermula dari kehidupan setiap hari. Nenek moyang kita mengajar cara hidup sihat antara lain dengan minuman tradisional yang di olah dari aneka bahagian tanaman. Resepi meracik minuman itu sebenarnya sederhana dan boleh dibuat dirumah tanpa mengambil masa yang lama. Tiru pengalaman nenek moyang kita dan dapatkan hidup sihat dengan ramuan tradisional.
Bukan secawan teh manis,tapi rebusan  halia dan daun pandan. Itulah minuman kesihatan warisan nenek moyang .Menghirup minuman hangat air halia bukan hanya mereguk kenikmatan serta kesegaran, Namun juga membangun benteng kesihatan yang kukuh. Halia berkhasiat untuk melancarkan aliran darah dalam tubuh.
Bila aliran darah lancar tubuh jadi sihat.

Semuga berguna
AkuPurba
Image : source

No comments:

Post a Comment