quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Saturday, September 10, 2011

5 Manfaat Buah Nangka Untuk Kesihatan

Nangka (Artocarpus heterophyllus) adalah salah satu jenis buah yang paling banyak ditanam di kawasan tropika. Buah ini cukup terkenal di seluruh dunia. Dikenali dengan sebutan 'jackfruit'. Tanaman ini diduga berasal dari India selatan yang kemudian menyebar ke daerah tropika lain, termasuk Indonesia. Buah nangka mengandungi vitamin A, B, dan C dalam bentuk senyawa thiamin, riboflavin, dan niacin. Juga mengandungi mineral-mineral seperti calcium, potassium, ferrum (zat besi), magnesium, dalam jumlah yang cukup banyak bila dibandingkan dengan pelbagai buah-buahan lain.
Buah Nangka mempunyai kandungan gizi yang tinggi, 100 gram buah nangka mempunyai 106 kalori, 27,6 gram karbohidrat dan 1,2 gram protein. Sebaiknya jangan berlebihan makan buah yang manis ini kerana akan menimbulkan banyak gas dalam perut.

Dengan kandungan nutrisinya yang banyak, buah jenis ini memberikan pelbagai manfaat untuk kesihatan, antara lain:
1. Memperkuat sistem kekebalan tubuh
Buah nangka sumber vitamin C dan antioksidan yang sangat baik, untuk membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan fungsi sel darah putih.



2. Kurangkan risiko jantung dan stroke
Buah yang kaya dengan kalium ini baik untuk mengawal tekanan darah dan boleh mengurangkan risiko terkena penyakit jantung dan stroke. Selain itu, juga baik untuk menjaga keseimbangan elektrolit

.
3. Perlindungan terhadap kanser
Buah nangka mengandungi fitonutrien seperti lignan, isoflavon, dan saponin yang membentuk perlindungan tubuh melawan timbulnya sel kanser. Menjaga kesihatan kulit. Nangka memiliki kandungan vitamin A dan antioksidan yang tinggi, yang baik untuk menjaga dan memelihara kesihatan kulit.



4. Penambah tenaga
Buah nangka mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa dan sukrosa. Isi buahnya yang empuk, manis, legit dan rangup membuat tubuh segar kembali.

5. Mengoptimumkan fungsi tubuh
Buah nangka mengandungi mineral-mineral seperti mangan, zat besi, vitamin B6, niasin, asid folat yang berfungsi untuk mengoptimumkan fungsi tubuh.
Tidak hanya buahnya yang enak dimakan, ternyata biji buah nangka juga mempunyai cukup gizi dan sumber protein yang baik untuk memelihara kesihatan tubuh.

sebarkan !
sumber :internet
imej : google

No comments:

Post a Comment