quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Friday, September 9, 2011

Gaya hidup "Zon Biru "

Rahsia umur panjang dan hidup sihat sebenarnya tidak ada. Allah swt sudah memberi kita banyak contoh di muka bumi. Bila Anda menjalani kehidupan seperti orang-orang di “zon biru”, Anda berpeluang tiga kali lebih tinggi dari orang kebanyakan untuk mencapai usia 90 tahun dan masih boleh berjalan-jalan petang dengan cicit Anda.minyak zaitun dan madu dalam makanan harian mereka. Waktu makan merupakan peristiwa penting dalam kehidupan setiap hari mereka, yang menunjukkan komitmen untuk menjaga hubungan yang erat dalam keluarga dan masyarakat.
Mereka tetap aktif, baik secara fizikal dan mental. Mereka banyak bergerak, bersosial dan sentiasa memiliki kesibukan. Mereka memiliki tahap tekanan rendah dan memiliki kesedaran tujuan hidup yang digabungkan dengan kerohanian dan cukup tidur.
Tidak ada yang baru bukan?

Zon Biru” adalah nama untuk tempat-tempat di mana insan hidup lebih lama dan lebih sihat. Istilah itu menjadi terkenal setelah para peneliti dari Italy menggunakan tinta biru untuk menandai sebuah wilayah di pulau Sardinia yang memiliki konsentrasi sangat besar penduduk berusia di atas seratus tahun. Mereka adalah para petani yang bekerja keras di ladang, makan buah-buahan dan sayuran yang mereka tanam sendiri, dan menghormati para orang tua mereka.

Sejak itu,zon-zon biru lain telah ditemui di seluruh dunia:

Pulau Okinawa di Jepun. Pulau itu memiliki penduduk masyarakat berumur panjang yang paling banyak didokumentasikan dan dipelajari. Mereka hidup lebih lama dan lebih sihat daripada orang lain di dunia. Lembah Hunza di Pakistan. Kaum Hunza hidup hingga 90 tahun dengan kesihatan yang baik, banyak di antaranya yang hidup hingga 120 tahun.
Vilcambamba di wilayah selatan Ecuador. Mereka dilaporkan mencapai usia 100 atau lebih, dengan tahap kesihatan yang baik.

Abkhasia. Semasa Soviet Union, masyarakat Abkhasia disebut sebagai penduduk yang hidup terlama di bumi. Walaupun dakwaan itu mungkin berlebihan, tidak ada yang dapat menyangkal bahawa orang Abkhasia hidup hingga usia 90-an dan lebih tanpa penyakit kronik yang merebak di Barat.

Loma Linda, California, di sebelah timur Los Angeles. Wilayah itu dihuni majoriti oleh panganut Gereja Advent Hari Ketujuh, sehingga para peneliti menduga ikatan keagamaan yang kuat sebagai salah satu faktor penyebab umur panjang mereka.

Selain itu, ada juga zon biru di Semenanjung Nicoya di Costa Rica,

Namun ada persamaan dalam cara penduduknya menjalani kehidupan:Mereka tidak makan terlalu banyak dan tidak merokok. Diet mereka dipenuhi biji-bijian, kekacang, buah-buahan, sayuran segar dan makanan laut dengan sedikit daging. Sebahagian besar penduduk di wilayah itu menggunakan .

Kuncinya terletak pada konsistensi. Penduduk di zon biru tidak mencapai umur panjang melalui teknik pembaikan segera. Mereka tidak mencapainya dengan berolahraga keras di hari minggu dan kemudian duduk-duduk seharian di pejabat dan di rumah dari Isnin hingga Sabtu.Mereka juga tidak mendapatkannya dengan sarapan roti canai di waktu pagi lalu melahap junk food di waktu siang .

Rahsia berumur panjang dan tetap sihat hanyalah gaya hidup. Tidak ada pil ajaib yang diperlukan untuk meningkatkan peluang Anda. Tidak ada peralatan canggih yang diperlukan,bahkan Anda tidak harus mengeluarkan belanja.

Jika Anda belum memiliki gaya hidup itu, masih belum terlambat untuk memulakannya. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pembaikan dramatik dalam umur dan kesihatan dapat diraih segera setelah kita meninggalkan gaya hidup yang keliru. Mulai sekarang, terapkan diet yang sihat secara konsisten.

Temukan cara untuk mendapatkan rutin harian yang sihat.Dampingi diri Anda dengan orang-orang lain yang memiliki minat yang sama. Dapatkan tidur dan berehat secukupnya. Kurangi tekanan dengan memperbanyakkan beribadah dan bersosial.

Pulau Yunani Ikaria, dan di jalur yang membentang melalui Dacota dan Minnesota hingga ke Canada. Zon-zon tersebut sangat berjauhan dan berbeza budayanya.


Semua gaya hidup sihat itu sudah Anda ketahui.

Mudah bukan?
Sumber : Internet

No comments:

Post a Comment