quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Thursday, September 15, 2011

5 Manfaat Ubi Yang Dilupakan

Saya fikir semua dari kita mengenali apa yang disebut dengan ubi. Dalam bahasa Melayu baku disebut, ubi kayu.
Namun dalam kehidupan seharian mungkin ramai dari kita sering melupakan ubi. Ubi makanan desa yang kalah popularitinya dengan makanan import yang kadang-kadang tidak jelas manfaatnya. Hebat pada bungkusan dan promosinya. Tapi tahukah sahabat bahawa ubi sangat bermanfaat untuk kesihatan. Salah satu manfaat ubi untuk kesihatan yang paling popular adalah ubi sebagai salah satu sumber terbaik vitamin A.
Untuk lebih jelas mari semak manfaat ubi .

1. Salah satu sumber terbaik vitamin A
Ubi digelar sebagai makanan super oleh Center for Science in the Public Interest berkat kandungan nutrisinya. Sebutir ubi ukuran sedang menyediakan lebih dari 200 peratus keperluan harian akan vitamin A. Vitamin ini muncul dalam bentuk beta karotena, yang memberikan warna kuning oren pada ubi.

Vitamin A sendiri memberi manfaat untuk penglihatan, kulit, dan tulang. Ubi juga berfungsi sebagai antioksidan, membantu mencegah jangkitan dalam pencernaan, saluran kencing, dan paru-paru. Dalam sebuah kajian yang digelar oleh Kansas State University pada tahun 2003, dan diterbitkan di The American Society for Nutritional Sciences, ditemui hubungan antara kekurangan vitamin A dan emphysema (jangkitan paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas).

2. Vitamin dan mineral lain
Ubi juga merupakan sumber terbaik vitamin C (sepotong ubi memenuhi 66 peratus keperluan vitamin C dalam sehari), tembaga, vitamin B6, zat besi, kalsium, potasium, dan mangan.
Ubi juga kaya serat. Menurut The US Sweet Potato Council Inc., Ubi masak yang dimakan dan kulitnya menyediakan lebih banyak serat daripada sebungkus oatmeal .

3. Mudah dicerna
Kandungan patinya yang tinggi membuatnya kurang bekerja untuk sistem pencernaan, yang menghilangkan penyebab sakit perut. Seratnya yang tinggi mampu mencegah sembelit (dan penyebab penyakit perut ). Sedangkan vitamin A, B, C, kalsium, dan potasiumnya membantu meringankan radang perut, dan masalah sejenis kerana manfaat antiperadangannya.

4. Karbohidrat alternatif untuk yang sedang berdiet
Ubi berukuran sedang yang tidak dimasak mengandungi 112 kalori, bebas lemak dan bebas kolesterol, serta rendah sodium. Kandungan ini tentu akan berubah, tergantung cara Anda memasaknya. Mengukus atau merebus ubi akan memunculkan rasa manisnya yang semulajadi, namun dengan sedikit kalori.

Ubi mempunyai kadar glycemic index (GI) yang rendah, khususnya bila dibandingkan dengan roti putih atau nasi. Skala GI akan menilai makanan berdasarkan berapa banyak dan berapa cepat makanan tersebut meningkatkan kadar glukosa dalam darah.
Kerana pengaruhnya terhadap gula darah relatif kecil, ubi juga menjadi pilihan yang baik untuk penghidap diabetes yang perlu karbo, namun yang tidak menjejaskan kadar insulin.

Kajian yang digelar oleh Universityof Vienna, Austria, pada tahun 2003, membuktikan bahawa penghidap diabetes melitus jenis II yang mengambil ubi dosis tinggi menunjukkan penurunan terbesar pertahanan insulin tanpa perbezaan dalam berat badan, atau faktor lain yang mungkin akan mempengaruhi.

5. Boleh diolah dengan cara apa sahaja
anda mungkin hanya mengenal ubi dalam bentuk ubi rebus dan tapai.


Ubi boleh di olah dengan cara apa sahaja .
Murah, Mudah Manfaat itulah ubi...

imej :Puding Ubi
sumber: google

No comments:

Post a Comment