quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Friday, September 9, 2011

Khasiatmu Tak Sepedas Rasamu

Tidak ramai yang tahu mengenai khasiat luar biasa dari si pedas ini. Selain sebagai penambah nafsu makan dan pembangkit selera, ternyata tanaman cabai memiliki beberapa khasiat yang berguna untuk kesihatan kita. Maka beruntunglah  anda penggemar cabai atau berbagai olahannya.
Sebagai ubat : cili boleh digunakan untuk meluruhkan peluh atau diaforetik dan sebagai ubat gosok. Bahagian yang digunakan adalah buah-buahan dan daunnya. Getah daun muda dari tumbuhan cabai boleh juga untuk mengubati luka, bisul dan sakit gigi.Untuk rematik, biji cabai boleh direndam dengan air hangat kemudian hasil rendamannya disapukan pada bahagian tubuh yang terasa sakit. Daun cili boleh juga mengubati luka pada kulit dengan menyapu minyak sayuran pada daun tersebut kemudian dilayukan di atas api kecil dan tampal pada kulit yang terluka selagi hangat.

Mengurangi kesesakan hidung ketika selsema dan melancarkan pernafasan, cabai mengandungi bahan-bahan aktif yang dapat membantu membersihkan hidung, sehingga anda boleh bernafas dengan bebas di saat anda selsema. Untuk itu jangan lupa menambah sambal secukupnya pada makanan anda disaat selsema menyerang, sehingga anda dapat terbebas dari hidung tersumbat.
Semuga bermanfaat.
Imej : Google

No comments:

Post a Comment