quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Friday, September 30, 2011

Penyelesaian Suami Isteri -Keintiman Bercinta Dari Urutan

Bercinta selalu lebih menyenangkan ketika anda merasa selesa, tidak terbeban apapun, terutama membuat fikiran dan tubuh anda merasa santai. Cubalah memberikan urutan berahi kepada pasangan anda sebelum bercinta, kerana urutan berahi akan menghilangkan tegang yang dirasakan otot. Tidak berhenti sampai disitu sahaja, urutan akan membuat anda semakin intim.

Penyelesaian Suami Isteri -Urutan Berahi

Pasangan suami isteri kadang jenuh dengan rutin mereka dalam hubungan berbiologi yang seolah tanpa perubahan dan hambar. Harus ada perasa-perasa khas yang dapat menyegarkan kembali hubungan dan kemesraan di antara kedua-dua pasangan. Salah satunya adalah dengan menerapkan teknik urutan berahi.

Wednesday, September 28, 2011

Kentut Itu Sihat

Kerana masalah perkentutan seringkali dinilai dari sisi etika dan kesopanan. Padahal kentut itu sihat kerana menandakan sistem pencernaan dan usus yang berfungsi normal. Selama ini yang banyak diketahui orang, kentut dipicu dari makanan seperti kekacang, soya atau fast food yang merupakan jenis makanan penyebab perut kembung.
 
Jika perut sudah kembung, tak berapa lama kemudian anda mungkin akan mengeluarkan gas si kentut. 8 Hal Pemicu Terjadinya Kentut Tapi bukan makanan sahaja yang boleh mencetuskan buang angin atau kentut . Kentut itu sihat kerana menandakan gerakan peristaltik usus hingga ke dubur berjalan normal. Tapi kalau kerap buang anginnya itu petanda ada gangguan di perut.

BUAH MANGGIS UNTUK KECANTIKAN

Buah ungu yang satu ini sering disebut sebagai "buah super", Kerana mengandungi banyak antioksidan dan nutrisi yang bermanfaat bagi kesihatan dan kecantikan. Sekarang ini buah tersebut umum digunakan sebagai suplemen gizi. Untuk pilihan semulajadi, manusia dapat mengambil segelas jus manggis untuk dos harian. Manfaat lain bagi kesihatan pun sangat banyak. Beberapa di antaranya adalah:

Garam: Beberapa Keajaiban yang Tersembunyi

Garam (garam laut asli, bukan garam meja) memiliki banyak fungsi penting daripada sekadar mengatur kandungan air dalam tubuh. Batmanghelidj, MD mengungkapkan beberapa fungsi garam yang lebih vital di dalam tubuh:

Sunday, September 25, 2011

Bagaimana Garam Mempengaruhi Cairan Tubuh Kita- 2

Garam memaksa sejumlah air menemaninya di luar sel-sel (retensi osmosis air oleh garam). Garam menyeimbangkan jumlah air yang ditahan di luar sel .

Saturday, September 24, 2011

Terapi Garam untuk Atasi Hipertensi dan Penyakit Degeneratif

Seringkali kita mendengar media massa dan para doktor menganjurkan kita semua untuk membatasi pengambilan garam. Terlebih lagi para penderita hipertensi sudah pasti akan dilarang untuk mengambil garam ketika sedang sakit. Tapi kami para pengamal holistik moden justru menganjurkan garam untuk para penderita hipertensi dan penyakit degeneratif seperti kanser, stroke, sakit jantung, dan diabetes. Anda hairan dan bingung? Jom saya ajak Anda menyemak “rahsia”-nya.



Saat memutuskan menggunakan suplemen makanan, ingatlah hal ini:

Seperti halnya ubat, suplemen makanan mungkin akan menimbulkan kesan sampingan, memicu reaksi alergi atau berinteraksi dengan ubat yang diresepikan doktor atau bahkan suplemen lain yang juga Anda ambil.Kesan sampingan atau interaksi dengan ubat atau suplemen lain ini boleh jadi menimbulkan kesan yang merugikan kesihatan.

Falsafah Kesihatan Dan Penyembuhan

Semua molekul bahkan sampai peringkat elektron bersumber dari Yang Maha Tunggal, dan semua akan tunduk pada-Nya. Tubuh manusia tersusun atas Asma-Nya. Segala sesuatu berasal dari Dia dan akan kembali pada-Nya. Sedar atau tidak sedar pada dasarnya ada komunikasi molekul antara tubuh manusia dengan Allah (Sumber bahan/Tenaga).

Sunday, September 18, 2011

Gaya Hidup Purba

Meditasi! Inilah salah satu yang dimaksudkan gaya hidup purba. Apa yang dilakukan  oleh nenek moyang kita dalam mengembangkan diri, mendekatkan diri kepada  Illahi adalah dengan berdiam diri bermeditasi.
Meditasi akan mendewasakan fikiran dan tingkahlaku, menenangkan gelegak emosi apapun dan membawa manusia pada kedamaian berhampiran dengan pencipta.

Friday, September 16, 2011

Unsur Dalam Tubuh Manusia

Kebanyakan badan manusia adalah terdiri daripada air, H 2 O, dengan sel yang terdiri daripada 65-90% air mengikut berat. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa kebanyakan jisim tubuh manusia adalah oksigen .

Penyakit , Gejala Dan Penyebab Penyakit

Selama ini kita hanya terpaku pada satu kata sahaja, iaitu "penyakit". Pada umumnya kita tidak dapat membezakan antara penyakit dan gejala penyakit. Pokoknya terasa "sakit", dan itulah yang dianggap penyakitnya.

Apabila berjumpa dengan doktor,kita diberi ubat beberapa hari kemudian "rasa" sakitnya sudah hilang maka kia akan menyangka bahawa penyakitnya juga sudah pergi. Bahkan sebahagian anak- anak dengan diam-diam menghentikan makan ubat yang diberikan oleh doktor kerana doktor telah menyuruhnya untuk menghabiskan ubatnya. Apa yang terjadi sebenarnya adalah, "rasa sakit" nya memang telah hilang. Namun penyakit didalam tubuh masih ada dan bersedia untuk berkembang kembali.





Thursday, September 15, 2011

5 Manfaat Ubi Yang Dilupakan

Saya fikir semua dari kita mengenali apa yang disebut dengan ubi. Dalam bahasa Melayu baku disebut, ubi kayu.
Namun dalam kehidupan seharian mungkin ramai dari kita sering melupakan ubi. Ubi makanan desa yang kalah popularitinya dengan makanan import yang kadang-kadang tidak jelas manfaatnya. Hebat pada bungkusan dan promosinya. Tapi tahukah sahabat bahawa ubi sangat bermanfaat untuk kesihatan. Salah satu manfaat ubi untuk kesihatan yang paling popular adalah ubi sebagai salah satu sumber terbaik vitamin A.
Untuk lebih jelas mari semak manfaat ubi .

Izinkan badan memperbaiki dirinya sendiri!

Salam Kasih Sayang,
Jangan ragu-ragu untuk mula "menjelajahi" Terapi Biologi kerana dari sinilah anda akan mendapatkan kebenaran yang akan membebaskan anda dari kekaburan tentang kesihatan. Setelah mengetahui apa yang benar, anda pun akan mempunyai kesihatan yang anda idam-idamkan. Dengan kesihatan sempurna, anda akan mempunyai hidup yang lebih indah dan bermakna, yang boleh anda nikmati bersama keluarga serta orang-orang yang anda kasihi.
Seringkali terjadi, seseorang boleh miskin kerana ketidaktahuan.Sering kita amati, seseorang tertipu kerana ketidaktahuan. Seringkali kita dapati, seseorang menderita kerana ketidaktahuan. Seringkali kita melihat, seseorang meninggal juga kerana ketidaktahuan. Bahkan, pernah kita alami, kita "diperbudak", kerana ketidaktahuan.

"Pengetahuan adalah kekuatan dan kebenaran akan membebaskan kita!" Inilah hal yang patut diperjuangkan untuk bangsa kita yang tercinta.
Melalui Terapi Biologi , saya mengajak untuk kita bersatu menyebarkan kebenaran dan pengetahuan sejati seluruh rakyat Malaysia. Bagaimana caranya? Mudah: gunakan jari anda sekerap mungkin jelajahi artikel dari terapi biologi semua hubungan yang anda miliki.Pintas terapi biologi kepada semua sahabat yang anda kenali. Dengan demikian kebenaran dan pengetahuan akan tersebar ke seluruh Negara dengan cepat.


Wassalam

Mengambil Makanan Organik

Tidak semua makanan yang berlabel organik ternyata benar-benar organik, kerana banyak yang masih menggunakan pestisida. Bukan hanya harus mengeluarkan belanja lebih banyak, tapi Anda juga berisiko tertipu dengan label tersebut. Makanan tidak perlu organik untuk disebut sebagai makanan sihat. Dengan penanganan dan pengolahan yang tepat, risiko makanan yang tercemar zat asing pun boleh diatasi.
Sumber : internet

Mudahnya Sihat

SIHAT itu mudah jika tahu caranya.
Ada banyak sumber yang memberi kita beragam wawasan sihat. Membaca, mendengar, mengikuti ceramah kesihatan, sebahagian dari upaya memperkaya bekalan agar sihat benar menjadi mudah, kerana sakit, betapa pun ringan, barang pasti jadi mahal.

Tidak harus menjadi doktor untuk menjadi sesihat doktor. Untuk menjadi sesihat orang Swiss pun tak perlu sekaya mereka. Kalau sekarang Anda merasa sudah tua, rencanakan dekad terkini hidup Anda menjadi masa terbaik dalam hidup Anda.

Bugar Berkat Secawan Herba

Hidup sihat bermula dari kehidupan setiap hari. Nenek moyang kita mengajar cara hidup sihat antara lain dengan minuman tradisional yang di olah dari aneka bahagian tanaman. Resepi meracik minuman itu sebenarnya sederhana dan boleh dibuat dirumah tanpa mengambil masa yang lama. Tiru pengalaman nenek moyang kita dan dapatkan hidup sihat dengan ramuan tradisional.
Bukan secawan teh manis,tapi rebusan  halia dan daun pandan. Itulah minuman kesihatan warisan nenek moyang .Menghirup minuman hangat air halia bukan hanya mereguk kenikmatan serta kesegaran, Namun juga membangun benteng kesihatan yang kukuh. Halia berkhasiat untuk melancarkan aliran darah dalam tubuh.

Wednesday, September 14, 2011

Buah Adalah Makanan Yang Paling Indah

Dengan berbagai jenis pilihan makanan yang tersedia untuk manusia…belum ada yang dapat mengalahkan makanan buatan alam yang satu ini: buah!
Betik masak yang lazat di hari panas terik? Atau menikmati jus limau mandarin yang manis? Apakah ada hidangan buatan manusia yang dapat mengalahkan kesempurnaan buah kurma ketika berbuka puasa?
Buah lebih mudah dicerna daripada biji-bijian kerana pada dasarnya sudah “pra-cerna”.Buah masak tidak memerlukan enzim pencernaan apa pun, sehingga mengurangi beban kerja perut.

Terapi Alam

Sihat semulajadi adalah sihat rohani dan jasmani yang diupayakan sendiri secara semulajadi . Tentu saja hal ini sudah dilakukan sejak adanya manusia sebagai khalifah Allah untuk memelihara bumi ini. Allah menganugerahkan naluri dan daya fikir kepada manusia melalui pancaindera dan anggota tubuhnya menggunakan potensi alam semesta ini.

Psst Mangga ...

Mangga terkenal akan buahnya yang bulat, warna isinya kuning, warna kulitnya hijau dan kekuning-kuningan, rasanya manis, buah ini amat disukai oleh penggemar buah mangga dan ramai diantara kita belum mengetahui secara luas manfaat mangga untuk kesihatan. Menurut kajian saintis mengatakan bahawa mangga yang paling bagus untuk kesihatan usus.

1001 Manfaat Pisang

Pisang dikenali sebagai salah satu makanan super bagi para atlet dan pakar kesihatan. Kandungan tiga gula semulajadi, sukrosa, fruktosa dan glukosa serta serat memberi tenaga untuk pembakaran tenaga selama 90 minit tanpa henti.
Namun, 'penyumbang' tenaga bukanlah satu-satunya manfaat buah pisang. Jenis buah tropika ini membantu mengatasi dan mencegah beberapa jenis penyakit dan gangguan kesihatan. Sehingga diperlukan untuk menambah diet harian.
1. Anemia
Pisang tinggi zat besi yang merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan membantu mengatasi anemia.

Saturday, September 10, 2011

5 Manfaat Buah Nangka Untuk Kesihatan

Nangka (Artocarpus heterophyllus) adalah salah satu jenis buah yang paling banyak ditanam di kawasan tropika. Buah ini cukup terkenal di seluruh dunia. Dikenali dengan sebutan 'jackfruit'. Tanaman ini diduga berasal dari India selatan yang kemudian menyebar ke daerah tropika lain, termasuk Indonesia. Buah nangka mengandungi vitamin A, B, dan C dalam bentuk senyawa thiamin, riboflavin, dan niacin. Juga mengandungi mineral-mineral seperti calcium, potassium, ferrum (zat besi), magnesium, dalam jumlah yang cukup banyak bila dibandingkan dengan pelbagai buah-buahan lain.
Buah Nangka mempunyai kandungan gizi yang tinggi, 100 gram buah nangka mempunyai 106 kalori, 27,6 gram karbohidrat dan 1,2 gram protein. Sebaiknya jangan berlebihan makan buah yang manis ini kerana akan menimbulkan banyak gas dalam perut.

Dengan kandungan nutrisinya yang banyak, buah jenis ini memberikan pelbagai manfaat untuk kesihatan, antara lain:

Friday, September 9, 2011

7 Manfaat Lengkuas Untuk Kesihatan

Lengkuas atau bahasa latin (Alpinna Galanga, Lin) merupakan jenis tumbuhan umbi-umbian yang hidup di dataran tinggi dan rendah, tanaman herba ini menyerupai halia ini tergolong famili Rhizoma. Tidak hanya sedap sebagai bahan masakan, khususnya pada masakan Asia, lengkuas juga mempunyai khasiat kesihatan.

Gaya hidup "Zon Biru "

Rahsia umur panjang dan hidup sihat sebenarnya tidak ada. Allah swt sudah memberi kita banyak contoh di muka bumi. Bila Anda menjalani kehidupan seperti orang-orang di “zon biru”, Anda berpeluang tiga kali lebih tinggi dari orang kebanyakan untuk mencapai usia 90 tahun dan masih boleh berjalan-jalan petang dengan cicit Anda.minyak zaitun dan madu dalam makanan harian mereka. Waktu makan merupakan peristiwa penting dalam kehidupan setiap hari mereka, yang menunjukkan komitmen untuk menjaga hubungan yang erat dalam keluarga dan masyarakat.

Khasiatmu Tak Sepedas Rasamu

Tidak ramai yang tahu mengenai khasiat luar biasa dari si pedas ini. Selain sebagai penambah nafsu makan dan pembangkit selera, ternyata tanaman cabai memiliki beberapa khasiat yang berguna untuk kesihatan kita. Maka beruntunglah  anda penggemar cabai atau berbagai olahannya.

Nenas Oh Nenas!

Dengan berjalannya waktu, paru-paru anda kehilangan keanjalan. Nenas dipercayai dapat membantu mengekalkan dan membersihkannya.Berikut beberapa manfaat yang boleh anda ambil dari nenas.

Thursday, September 8, 2011

Terapi Biologi (Nutrisi)

Definasi Terapi
“ Usaha untuk memulihkan kesihatan orang yang sedang sakit” Tidak disebut “Usaha Medik” dan juga tidak disebut menyembuhkan penyakit. Jika kita boleh faham bahawa terapi adalah lebih luas daripada sekadar perubatan atau perawatan. Apa yang dapat memberi kesenangan , baik fizikal mahupun mental  pada seseorang yang sedang sakit dapat dianggap terapi.


Wassalam.