quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Wednesday, September 14, 2011

Terapi Alam

Sihat semulajadi adalah sihat rohani dan jasmani yang diupayakan sendiri secara semulajadi . Tentu saja hal ini sudah dilakukan sejak adanya manusia sebagai khalifah Allah untuk memelihara bumi ini. Allah menganugerahkan naluri dan daya fikir kepada manusia melalui pancaindera dan anggota tubuhnya menggunakan potensi alam semesta ini.
Potensi alam dan potensi diri manusia yang dapat dimanfaatkan untuk kesihatan antara lain:-
·          Udara segar 
·          Air bersih
·          Sinar matahari
·          Tumbuh- tumbuhan
·          Aromatik
·          Bunyi- bunyian
·          Warna
·          Makanan dan minuman
·          Gerak fizikal
·          Berpuasa
·          Berehat
·          Meditasi
·          Doa
·          Urut
·          Semangat hidup
·          Cinta kasih
Udara Segar
Allah menganugerahkan udara untuk kelangsungan hidup manusia,tergantung kepada manusia itu sendiri bagaimana mengelolanya. Apakah diperlukan hanya untuk dapat hidup, mencemari dan meracuninya. Apakah akan memelihara dan mengelolanya untuk meningkatkan daya tahan hidupnya agar manusia dapat hidup sihat bahagia dan panjang umur .
Oksigen
  • Berjalan pagi dengan langkah agak cepat
  •  Menghirup udara sepanjang dan sedalam mungkin sebelum tidur malam dan selepas bangun  tidur,  sebanyak 10 x
  • Tarik nafas  dengan perlahan- lahan  
  • Tarik nafas dengan mengeluarkan suara
  • Gerakkan tubuh tanpa atau dengan menahan suara.
  • Menanam berbagai jenis tanaman
 Air Bersih 

Air bersih sangat diperlukan oleh tubuh manusia kerana tubuh terdiri dari 50-65 peratus air/cairan, yang diperlukan untuk pencernaan, peredaran darah, pelembut jaringan tubuh,pelindung, pendingin dan pembersih kotoran tubuh.Kekurangan air dapat mengganggu kesihatan terutama pada organ ginjal dan boleh mengakibatkan kematian. Bagi orang yang bekerja di tempat panas dan banyak mengeluarkan peluh, lebih banyak memerlukan air daripada orang yang bekerja di tempat dingin. Rata-rata orang memerlukan air minum 8-10 gelas sehari, atau disesuaikan dengan berat badannya. Cara menghitungnya sebagai berikut, berat badan dibahagi lapan, dikalikan  dengan  gelas.
Contoh:
Berat badan 72 kg / 8 = 9 x 1 gelas = 9 gelas sehari. Air mineral semulajadi boleh dibuat sendiri.
Caranya:
Isilah kendi tanah dengan air masak hangat, tambahkan beberapa biji cengkeh sebagai antioksidan lalu dijemur hingga ke petang. Air di dalam kendi akan menjadi air mineral semulajadi, sejuk sedia untuk diminum. Beberapa terapi menggunakan air:
1.Merendam kaki dengan air hangat 40 darjah  celcius akan memperlancar peredaran darah, merangsang perpeluhan, menyembuhkan batuk dan susah tidur.
2.Merendam punggung dan paha melancarkan buang air besar dan mengubati beberapa gangguan alat kelamin.
3.Mandi berendam air hangat selama 15 minit dan diakhiri siraman  air dingin ,mengurangi kelelahan dan ketegangan
Sinar Matahari
Sinar matahari menghangatkan tubuh, menenangkan saraf, melembutkan pembuluh darah, membunuh kuman dan memulihkan tenaga. Udara sejuk segar, air putih bersih, sinar matahari dan keindahan alam merupakan kurnia Allah untuk memulihkan kesihatan, tenaga dan semangat hidup. Berjemur sewaktu udara masih segar sekitar pukul tujuh pagi sangat diperlukan untuk kesihatan dengan waktu lima menit hingga tiga puluh menit,bergantian antara belakang dan tubuh bahagian depan. Bagi yang berpenyakit paru perlu melakukan setiap hari, tetapi bagi yang mempunyai TB tidak baik berjemur terlalu lama. Sinar matahari sebagai terapi:
1.Memperbaiki fungsi jantung.
2.Menurunkan tekanan jantung dan tekanan darah.
3.Menurunkan kadar kolestrol dan gula dalam darah.
4.Menambah kemampuan darah mengangkut oksigen.
5.Menaikkan tenaga, daya tahan otot dan kepadatan otot.
6.Menambah daya tahan tubuh dan kulit terhadap infeksi
Tumbuh-tumbuhan
Sebahagian besar keperluan hidup manusia bergantung dari tumbuh-tumbuhan. Betapa tidak, kerana tanaman dapat berfungsi berbagai-bagai untuk kelangsungan hidup manusia.
Manfaat tanaman:
1.Bahan bangunan.
2 Bahan bakar.
3.Penghijauan dan peneduh.
4.Penahan erosi.
5.Memelihara ekosistem.
6.Menyediakan oksigen.
7.Pembersih udara dan tanah.
8.Peredam suara.
9.Makanan dan minuman.
10.Ubat-Ubatan.
11.Memperindah pemandangan.
12.Menenteramkan jiwa dan lingkungan.
Bersambung...

No comments:

Post a Comment