quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Saturday, November 19, 2011

Sarapan Putih Telur Tak Cepat Mengantuk

Jika anda sering mengantuk menjelang makan tengahari, mungkin sarapan pagi yang anda makan salah. Cubalah tukar menu sarapan dengan telur rebus terutama bahagian putih telur.

Protein yang terkandung di dalamnya membantu anda tetap terjaga dan merasa waspada.
Para saintis telah mendapati bahawa protein telur, khususnya yang ditemui pada bahagian putih telur, boleh membantu orang tetap terjaga dan merasa waspada, sehingga tidak mudah mengantuk ketika beraktiviti.

Protein pada putih telur lebih berkesan berbanding karbohidrat yang ditemui dalam coklat, biskut atau gula-gula yang sering dipercayai untuk meningkatkan tenaga dengan cepat.

Penyelidik Cambridge University mempelajari bagaimana nutrisi mempengaruhi sel-sel otak yang membuat orang tetap terjaga dan membantu membakar kalori.
Suatu campuran yang serupa dengan kandungan protein putih telur mengaktifkan sel-sel otak, sehingga mencetuskan pelepasan stimulan orexin. Sedangkan gula justeru menyekat pelepasan orexin, sehingga makan gula akan membuat orang mudah mengantuk.

Hormon orexin merupakan hormon yang dihasilkan di dalam otak. Kekurangan hormon orexin sering ditemui pada pesakit narcolepsi, rasa mengantuk berlebihan pada siang hari yang kadang-kadang mencetuskan serangan tidur yang tidak terkawal. Pelepasan hormon orexin akan mengurangkan rasa mengantuk dan membuat orang lebih terjaga.

"Yang menarik adalah bagaimana mempunyai cara rasional untuk 'tune' sel-sel otak menjadi lebih atau kurang aktif dengan memutuskan apa makanan yang akan dimakan. Kajian menunjukkan bahawa jika anda mempunyai pilihan antara jem di roti bakar atau putih telur di atas roti bakar, maka pilihlah yang kedua (putih telur di atas roti bakar), "jelas Dr Denis Burdakov, penyelidik dari Cambridge University, seperti yang diterbitkan oleh Dailymail, Jumaat ( 18/11/2011).

Bahkan walaupun dua pilihan tersebut mengandungi jumlah kalori yang sama, putih telur yang mempunyai protein lebih akan memerintahkan tubuh untuk membakar kalori lebih banyak dari yang diambil. Penemuan ini telah diterbitkan dalam jurnal Neuron.

semuga bermanfaat.

sumber: internet

No comments:

Post a Comment