quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Monday, November 14, 2011

Cuma Kita Yang Boleh Tertawa

Tertawa dan menangis, menurut para pakar psikiatri, sama seperti kebencian dan kemarahan, merupakan sebahagian daripada spektrum perasaan. Namun, mengapa hanya tertawa yang kerap dijadikan terapi? Jawabnya jelas, kerana tertawa, punya kesan chemistry yang membawa kesan positif di dalam badan. Namun, bukan bererti menangis, marah, atau benci tak punya potensi sama sekali dijadikan terapi.

Tertawa dan menangis hanya ada pada manusia, tapi menangis itu perasaan primitif. Terapi menangis, jika ada, kesan pembakaran bahan kimia jahatnya mungkin boleh sama dengan terapi ketawa. Namun, ibarat arung jeram (whitewater rafting)*yang juga boleh membakar bahan kimia jahat*, jalan yang ditempuh dengan terapi menangis jauh lebih 'berbahaya' dan 'berbelit'. Dengan kata lain, kalau ada yang lebih mudah, murah, dan meriah, tidak berbahaya, dan tidak menyakiti diri sendiri, kenapa harus memilih terapi yang sebaliknya?

Jadi, banyak-banyak tertawa, selagi boleh. Bukan hanya untuk menghormati Srimulat, namun juga untuk sihat. Kerana hanya manusia yang boleh ketawa. Kalau tak percaya, tanyakan pada kucing yang mengiau, atau kambing yang mengembik. Seandainya mereka boleh berkata, sudah tentu mereka akan akan menyatakan iri, lantaran tidak boleh tertawa seperti kita.

semuga bermanfaat

No comments:

Post a Comment