quantum of love

Salam Kasih Sayang,
Izinkan,
Penyelesaian individu untuk kesihatan anda adalah yang terbaik.

Tumbuh -tumbuhan bekerja kerana kita telah terlibat dengan mereka.

kita bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk:
1. Oksigen
2. Makanan
3. Pakaian
4.Tempat tingal

Penyelesaian yang tersedia setiap saat:

DIA tidak memberikan apa yang kita minta....
Namun telah menyediakan apa yang kita perlukan.
Syukuri , nikmati dan jaga apa yang kita miliki saat ini.

Kata bijak:
Kita korbankan kesihatan untuk mendapat kekayaan
Kita merencanakan, bekerja dan menabung.
Kemudian mengorbankan kekayaan untuk mendapatkan kesihatan dan sering yang didapati adalah kubur
Kita hidup bangga atas apa yang dimiliki, kita mati hanya memperolehi batu nisan.

Wassalam .


Tuesday, November 15, 2011

Manfaat Lain Daun Jambu Biji


Semua orang pasti tahu kalau daun jambu batu sering digunakan sebagai ubat tradisional iaitu penawar sakit perut atau buang-buang air besar. Manakakala belum meminum ubat kimia atau jamu, mengunyah daun jambu batu adalah alternatif pertama. 

Namun ternyata ada manfaat lain dari daun jambu biji ini, iaitu penyedap rasa untuk rebusan telur. Tak hanya memberi rasa, daun jambu batu juga memperindah warna telur rebus. Jika ingin memperoleh rasa telur yang berbeza, anda boleh mencubanya dengan mengambil segenggam daun jambu klutuk lalu dimasukkan ke dalam bekas bersama telur yang akan direbus. Jangan terlalu banyak kerana rasanya akan menjadi kesat. Rebuslah secukupnya. Jika ingin lebih terasa, tambahkanlah sisa-sisa kulit bawang merah yang tidak terpakai dalam rebusan tadi.

Setelah matang biarkan hingga sejuk agar rebusan tadi meresap ke dalam telur.Setelah sejuk, cubalah kupas telur dan lihat warna isi telur rebus. Coklat. Tidak seperti telur rebus biasa. Juga ada rasa yang berbeza apabila dimakan.Tak seperti telur rebus biasa. Daun jambu batu juga menghilangkan bau hamis telur. Sesuai untuk mereka yang tidak suka telur kerana bau gamisnya. Padahal telur kaya kandungan protein. Terlebih
kandungan kolesterol telur telah menurun saat ini.

selamat mencuba

sumber :pelbagai

No comments:

Post a Comment